“Ya! Saya Masih Berhijab Sepenuhnya,”- Fathia Latiff Mahu Belajar Dari Kesilapan, Nafi Ada Bipolar
Pelakon yang sering dipalit kontroversi, Fathia Latiff menjelaskan dirinya kini masih berhijab sepenuhnya dan dia mahu belajar daripada kesilapannya yang lampau.
Katanya, dia mahu menjadi insan yang lebih baik selepas ini dan ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakannya.
“Ya, saya masih berhijab sepenuhnya and I learned from my mistake.
“InsyaAllah saya mahu menjadi insan yang lebih baik dan terima kasih kepada semua yang telah support Fathia sehingga menjadikan saya seorang manusia yang lebih baik.
“Apa yang terjadi sebelum ini telah menjadikan diri saya yang sekarang,” katanya kepada MH.
Fathia berkata demikian ketika ditemui di malam anugerah Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) yang berlansung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu.
Dalam pada itu, Fathia turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya mengalami masalah bipolar yang teruk.
“Oh, bipolar? Alhamdulillah sebenarnya itu semua tidak benar.
“Saya semakin okay berkat kesabaran dan saya juga banyak luangkan masa bersama keluarga.
“Saya tidak jalani apa-apa rawatan cuma saya cuba improve diri saya untuk jadi lebih baik,” kongsinya jujur.
Sumber: Instagram Siti Fathia
The post “Ya! Saya Masih Berhijab Sepenuhnya,”- Fathia Latiff Mahu Belajar Dari Kesilapan, Nafi Ada Bipolar appeared first on Media Hiburan.
sumber Media Hiburan https://ift.tt/2FNz1Up

Post a Comment