Header Ads

Asalnya Mahu Meletupkan Sebuah Masjid, Akhirnya Menjadi Seorang Muslim

Bekas sarjan marin Richard McKinney secara fizikalnya tidak lagi berada di medan perang, tetapi secara mental dia masih berperang, dan Islam adalah musuhnya.

Ketika berada di dalam tentera, McKinney menjadi nekad untuk membunuh dan mula mendapatkan tatu berbentuk titik mata air kecil di dadanya untuk setiap kali membunuh.

Katanya dulu dia melihat sesuatu yang katanya tidak akan dibincangkan dengan sesiapa pun. “Saya tidak membenci Islam, tetapi banyak perkara yang saya lihat dulu menjadi sebab kenapa saya rasa seperti yang saya rasakan kemudian.”

Dia berkata kebenciannya terhadap Islam begitu kuat sehingga dia mahu semua umat Islam mati. “Saya tidak fikir saya boleh membenci umat Islam lebih lagi, saya maksudkan saya benar-benar merasakan kebencian sebenar,” katanya.

“Saya fikir dengan mengebom masjid itu, saya akan melakukan sesuatu yang baik untuk negara saya … Saya telah melakukan kesilapan ketika itu.”

McKinney merancang untuk membuat bom sendiri dan meletakkannya di pusat Islam di kawasannya. Dia berharap bom tersebut akan membunuh sekurang-kurangnya 200 orang walaupun tahu dia akan berakhir dengan hukuman mati, tetapi dia tidak peduli.

Kebencian McKinney yang sangat mendalam telah goyah satu hari ketika dia mulai mencaci tentang Muslim di depan anak perempuannya. Dia berkata dia dapat melihat bahawa anak perempuannya terkejut dengan caciannya dan dia dapat melihat di dalam mata anak perempuannya yang dia mempersoalkan kasih sayang untuknya.

“Kanak-kanak tidak dilahirkan dengan prasangka atau perkauman atau kebencian,” kata McKinney. Dia bimbang anaknya mula bertukar dan membesar berfikir dengan cara yang sama.

“Saya tidak boleh biarkan, itu anak perempuan saya. Jadi saya ingin mencari jalan untuk menghadapi kebencian ini dengan cara yang lebih baik. “

McKinney pergi ke pusat Islam di kawasannya, tetapi tidak dengan bom. Sebaliknya, dia mengajukan soalan. Dia kemudian diberi terjemahan Bahasa Inggeris Al-Quran dan akan kembali bertanya tentang apa yang dia baca.

“Tidak sekali pun sejak hari pertama saya masuk ke pintu itu ada orang yang melayan saya dengan buruk, melayan saya dengan kasar, walaupun sebelum saya menjadi seorang Muslim. Sangat terbuka, sangat ramah, menganggap saya seorang saudara walaupun sebelum saya seorang Muslim,” katanya.

McKinney mula menghabiskan berjam-jam di masjid dan dalam 8 minggu kemudian dia mengucap Shahadah.

Sekarang dia menggalakkan semua orang untuk belajar tentang Islam dan Muslim untuk menghentikan kitaran kebencian yang semakin memuncak.

“Saya telah melakukan terlalu banyak perkara (buruk). Saya telah menyakiti ramai orang. Saya terpaksa hidup dengan itu, tetapi jika saya boleh menghalang orang lain di jalan tanpa keampunan, saya mahu. “

Terjemahan dari Ilfmeed.com

sumber Laicikang https://ift.tt/2zs0yXs

No comments