‘Akhirnya terbukti saya tidak reka cerita’ – Narresh
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Salah seorang saksi utama prosiding inkues anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim melahirkan rasa syukur dengan keputusan inkues yang diumumkan hari ini.
R. Narresh, 30, menyifatkan Mahkamah Koroner telah membuat keputusan yang adil dan mempertimbangkan semua keterangan tanpa bias kepada mana-mana pihak.
“Selama ini saya menerima cacian dan hinaan kerana kononnya ‘bias’ ketika memberi keterangan berhubung apa yang menimpa Muhammad Adib, hari ini akhirnya terbukti yang saya tidak mereka-reka cerita atau menokok tambah mengenai kejadian tersebut.
“Sesungguhnya Mahkamah Koroner telah membuat keputusan yang adil ternyata keterangan kami yang benar-benar berada di tempat kejadian telah diambil kira,” katanya seperti dilaporkan portal Malaysia Gazette hari ini.
Kata Narresh, beliau percaya hakim tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan malah bukan dirinya sahaja dipanggil dalam inkues itu.
“Dalam erti kata lain, hakim bukan mendengar cerita sebelah pihak semata-mata, beliau bukan dengar keterangan saya sahaja, jadi saya percaya beliau adil dalam keputusannya.
“Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya keadilan telah memihak kepada Muhammad Adib walaupun mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan belum dapat dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
Ketika insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Narresh merupakan individu yang mengangkat Muhammad Adib yang ketika itu sedang dalam kesakitan ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda dan memangkunya sehingga ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC). -UTUSAN ONLINE
sumber Laicikang https://ift.tt/2nOyETb

Post a Comment