Header Ads

Bukan sahaja minum, sembur air limau nipis dalam rumah antara 9 tip hadapi jerebu

SUDAH lebih seminggu negara kita diselubungi jerebu.

Malah keadaannya semakin buruk apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan saban hari menunjukkan angka tidak sihat, sehinggakan beratus sekolah diarahkan ditutup bagi mengelakkan kesihatan pelajar terjejas.

Dalam keadaan ini, amatlah penting untuk setiap individu meminimakan aktiviti luar supaya tidak terdedah dengan udara yang tidak sihat.

Ini kerana ketika jerebu, akan berlaku ketidakseimbangan tekanan gas dalam udara di mana asap dari hasil pembakaran akan mengeluarkan pelbagai kumpulan gas.

Di samping mengelakkan aktiviti luar, orang ramai wajar mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan tip mahupun petua sebagaimana yang disarankan Pengasas Color Vibration Theraphy, Prof Dr Norhisham Wahab.

Tip ketika jerebu:

1) Minum air kelapa

Air kelapa mempunyai pH yang seimbang untuk darah. Apabila minum air ini, keseimbangan antara oksigen dan karbon dioksida berlaku. Gas ini akan terus masuk ke dalam darah dan menuju ke paru-paru.

2) Minum air limau nipis

Meminum air limau nipis dengan ais akan membersihkan saluran tekak. Vitamin C yang terkandung di dalam air limau nipis akan membersihkan kekotoran di saluran tersebut.

3) Elakkan minuman bergas.

Karbon dioksida dalam minuman bergas akan menambah sesak nafas jika berlebihan. Jika mahu menikmatinya juga, disarankan mengambil minuman ini bersama ketulan ais. Sebaiknya buat sendiri ais menggunakan air mineral yang dicampur sedikit garam.

4) Sesak nafas

Jika mengalami sesak nafas, segera sapukan ais pada bahagian dada. Letak sedikit garam untuk menambah elektrolit  darah yang akan membawa oksigen. Tip ini boleh dilakukan bagi kes kecemasan.

5) Bersihkan hidung

Digalakkan membersihkan hidung selepas bangun tidur. Ini kerana saluran yang menyambung pada mulut dan tekak akan turut bersih. Malah ia juga merupakan sunnah. Hidung yang bersih akan dapat melawan asap jerebu yang berbahaya.

6) Elakkan bersukan

Aktiviti bersukan walaupun di dalam ruangan yang tertutup amat tidak digalakkan. Ini bagi mengelakkan karbon dioksida dilepaskan dalam kuantiti banyak ketika pernafasan yang laju kesan dari keletihan.

7) Tanam pokok di dalam rumah

Tumbuhan akan bertindak sebagai penapis karbon dioksida. Ia berfungsi menyerap karbon dioksida berlebihan yang berpunca daripada bau sampah dan sebagainya. Pokok pandan amatlah digalakkan.

8) Semburan air limau nipis

Semburan air limau nipis sesuai untuk membersihkan udara di dalam rumah. Mudah saja, campurkan perahan limau nipis bersama garam dan air dalam bekas spray, dan sembur ke ruangan di dalam rumah anda.

9) Topeng

Pakai topeng memang bagus, namun ia hanya perlu dipakai ketika di luar. Elakkan memakainya dalam tempoh masa yang lama kerana bakteria terkumpul di kawasan topeng itu.  – mStar

sumber Laicikang https://ift.tt/2IglIwG

No comments