Header Ads

Saksi kes Muhammad Adib dakwa dipulau, terima kecaman

SHAH ALAM: Saksi kesembilan yang membantu Muhammad Adib Mohd Kassim, ketika kejadian rusuhan 27 November 2018, mengakui menerima tohmahan serta dipulau oleh rakan-rakannya.

R Narresh, 30, berkata selepas memberi keterangan di Mahkamah Koroner pada 18 Februari lalu, pelbagai tohmahan dilemparkan kepadanya, malahan ia turut berlaku kepada ahli keluarganya.

Katanya, sehingga kini, ke mana sahaja pergi, dia hanya bersendiri kerana tiada siapa mahu mendekati atau membantunya.

“Apa yang saya beritahu mahkamah adalah apa yang saya nampak dan saya tolong (Muhammad) Adib kerana tiada siapa mahu tolong dia.

“Saya tidak pernah tuduh mana-mana bangsa yang memukul Adib, tapi apa yang saya nampak pada masa itu, saya dedahkan di mahkamah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, hari ini.

Narresh berkata, dia juga menerima banyak panggilan dari nombor tidak dikenali bertujuan mengecam keterangannya di mahkamah.

Katanya, pemanggil juga mendakwa mereka adalah ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpuas hati dengan keterangannya.

“Apa saya lakukan kepada Adib adalah satu tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan saya juga adalah sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Saya nak buktikan, tindakan saya membantu Adib menunjukkan rakyat Malaysia tidak bersifat perkauman dan wajib membantu insan yang dalam kesusahan,” katanya yang bersyukur dengan keputusan mahkamah pagi tadi.

Narresh adalah individu yang membantu Muhammad Adib serta membawa anggota bomba itu ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) untuk mendapatkan rawatan.

Dia juga bertindak menghubungi rakan sekerja Muhammad Adib bagi memaklumkan kejadian yang berlaku.

Pagi tadi, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah perbuatan jenayah oleh dua orang atau lebih individu yang tak dikenali.

Sebelum ini, selepas memberi keterangan, Narresh mendedahkan dalam satu portal berita, dia dituduh bias.

Sumber: Berita Harian

sumber Laicikang https://ift.tt/2nOSCNE

No comments