Header Ads

Wira yang tidak didendang

Mohd. Hafizan merupakan bekas tentera yang berkhidmat sebagai seorang pembantu perubatan di unitnya. Beliaulah rupanya yang sanggup mengambil risiko mengejarkan anggota bomba, arwah Adib dengan kenderaan pacuan empat rodanya ke hospital walaupun ia mendedahkan nyawanya dalam bahaya ketika itu. Hafizan sebelum itu kebetulan lalu di lokasi kejadian kerana hendak mengisi minyak.

“Saya diberitahu ‘jangan masuk, nanti kena pukul’. Ada orang yang berkumpul di tepi-tepi jalan. Saya turun daripada kenderaan saya dan masukkan Adib ke bahagian belakang. Ketika itu, anggota bomba berkenaan tidak memakai baju dan kasut, hanya seluar celoreng,” katanya.

Narresh pula adalah sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Dalam insiden itu, dialah yang menemani dan mengelap tubuh Adib di tempat duduk belakang kereta yang dipandu Hafizan sampai ke wad kecemasan Subang Jaya Medical Centre. Dia sampai menjerit kat wad kecemasan minta arwah Adib dibantu walaupun hospital itu adalah hospital swasta.

” Saya terus bercakap dengan Adib ‘bangun-bangun, please say something. Be strong, we are reaching to hospital. Ketika di kecemasan seorang kakitangan hospital bertanya mengenai dokumen seperti insurans dan kad pengenalan. Saya cuma jawab tiada dan beritahu ‘please help him’, kalau tidak nyawa dia terancam. Dia (Adib) orang kerajaan, anggota bomba. Kalau rumah terbakar kamu panggil bomba. Tolonglah selamatkan dia. “

Dalam inkues ni satu persatu cerita ini diperdengarkan. Nama mereka berdua kita tak pernah tahu sehinggalah semalam.

Moga Allah membalas jasa dan bakti mereka.

Malaikat tanpa sayap.

Sumber: Syahril A. Kadir

sumber Laicikang https://ift.tt/2noGPVS

No comments