Header Ads

Ibu Sempat Campak Anak Sebelum Maut Dalam Kemalangan

“KAKAK (arwah) sempat campak anak bongsu yang ada bersamanya di tempat duduk penumpang hadapan ke belakang sebelum disambut anak sulungnya bagi menyelamatkan anaknya,” kata Syaidatul Fatihah Mohd, 30.

Syaidatul Fatihah menceritakan kemalangan maut yang menimpa kakaknya, Surawati Mohd, 33, hari ini.

Dalam kejadian 5 pagi itu, Surawati bersama suami Muhammad Noor Idham Ramli, 31, meninggal dunia apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 134 Jalan Kuantan – Seremban, dekat Keratong.

Kejadian menyebabkan tiga anaknya, Aryan Rizqy, 6, Areesh Razeen, 4, dan Arfan Rakeen, 2, menjadi yatim sekelip mata apabila ibu bapa mereka meninggal dunia.

Menurut Syaidatul Fatihah, kejadian berlaku ketika lima beranak itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Pulau Duyong ke rumah ibu bapa Muhammad Noor di Felda Lui, Jempol, Negeri Sembilan.

“Kami (ahli keluarga) semua tidak tahu mereka bertolak awal sehari ke sana.

“Kakak memaklumkan mereka akan bertolak esok ke rumah mentuanya kerana anaknya tidak bersekolah malah keluarga abang ipar pun tak tahu lima beranak itu bertolak awal,” katanya ditemui di rumah keluarganya di Kampung Gong Merawang, Rhu Muda, Marang hari ini.

Arfan Rakeen dipeluk ibu saudaranya, Shariena Mohd selepas ibu bapa kanak-kanak itu maut dalam kemalangan hari ini. FOTO Ghazali Kori

Menurutnya, ahli keluarga hanya mengetahui mengenai kemalangan itu selepas dihubungi Hospital Muadzam Shah, Pahang 7 pagi tadi.

Katanya, susulan itu ahli keluarganya segera ke hospital terbabit bagi melihat keadaan lima beranak itu.

“Kami dimaklumkan kakak dan suami meninggal dunia dan hospital minta kami datang ambil tiga anak saudara yang cedera.

“Menurut Aryan Rizqy, ketika kereta hilang kawalan dia masih sedar dan ibunya sempat campakkan Arfan ke tempat duduk belakang bagi menyelamatkan anak bongsunya itu.

“Aryan Rizqy sempat menyambut adiknya sebelum Perodua Myvi dinaiki berlanggar dengan lori,” katanya.

Katanya, jenazah abang iparnya dibawa ke Felda Lui untuk

dikebumikan manakala jenazah kakaknya dibawa pulang ke Gong Merawang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Marang selepas solat Isyak.

“Tiga anaknya turut dibawa pulang bersama kami kerana mereka lebih rapat dengan ahli keluarga di sini.

“Bagaimanapun, kami akan berbincang dengan ahli keluarga abang ipar mengenai penjagaan tiga anak arwah ini,” katanya.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki merempuh lori model Isuzu di lokasi terbabit.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Muhammad Noor dari arah Kuantan menuju ke Seremban masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/503333/kakak-campak-anak-sebelum-kemalangan

sumber Laicikang https://ift.tt/30MRdVE

No comments