Kena sara anak! Isteri dalam kesempitan, akaun bank Ismahalil dibekukan
Isteri bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah iaitu Nor Haslinda Abd Manaf mengaku berdepan kesempitan sejak suaminya itu menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, Selangor dua tahun lalu.
Menurut laporan mStar, wanita berusia 50 tahun itu berkata, keadaan bertambah sukar apabila akaun bank suaminya dibekukan apatah lagi perlu menampung perbelanjaan tiga anak mereka.
Kena sara anak
“Saya seperti seorang ibu dan bapa untuk ketiga-tiga anak saya. Semua saya kena usahakan dari segi kewangan, persekolahan dan segala-galanya.
“Dengan akaun bank suami masih dibekukan tetapi Alhamdulillah akaun baru saya dilepaskan, jadi dapatlah tampung sikit-sikit perbelanjaan.
“Cuma saya ralat sikit sebab akaun suami masih dibekukan, sekurang-kurangnya kalau akaun itu dapat diakses, dapatlah digunakan untuk anak-anak,” katanya.
Nor Haslinda berkata demikian selepas hadir ke perbicaraan suaminya yang berusia 50 tahun itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi semalam.
Sementara itu, Nor Haslinda berkata, bagaimanapun dia bersyukur mempunyai ahli keluarga yang membantu dari segi kewangan sekali gus dapat meringankan beban ditanggung.
“Apa yang mereka bantu, saya perlu pulangkan balik selepas kes ini selesai, Insya Allah. Saya semangat sebab saya lihat ibu mentua saya sangat kuat walaupun dia sendiri tak berapa sihat.
“Dia selalu berdoa dan saya jadi kuat untuk lawan dan tegak kebenaran untuk suami saya dan pulangkan kembali suami ke pangkuannya,” ujarnya.
Berdasarkan laporan hari ini pula, nasib Ismahalil yang berdepan tuduhan mengedar dadah jenis kanabis akan diketahui pada 17 Julai depan.
Terdahulu, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada petang 27 Ogos 2021.
Pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Sumber: mStar (Amin Hazlan & Ain Norman)
The post Kena sara anak! Isteri dalam kesempitan, akaun bank Ismahalil dibekukan appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/LDt6qjH
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment