Header Ads

Syafiq Yusof ‘kalahkan’ abang sendiri! Polis Evo 3 atasi rekod Mat Kilau

Filem laris ketika ini, Polis Evo 3 berjaya meraih kutipan RM16 juta dalam tempoh empat hari tayangan di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura.

Adik pecah rekod abang!

Menurut laporan Harian Metro, filem arahan Syafiq Yusof itu sekali gus mengatasi rekod filem arahan abangnya Syamsul Yusof iaitu Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan yang mengutip RM12.2 juta dalam tempoh sama.

Syafiq berkata, dia tidak menjangka filem bergenre aksi komedi itu mendapat sambutan luar biasa dan berharap ‘fenomena’ tersebut akan terus berlaku di masa akan datang.

“Pertama sekali saya rasa bersyukur alhamdulillah pada Allah SWT. Saya juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi menonton filem ini dan saya harap lebih ramai lagi yang akan menonton.
“Saya dan seluruh produksi bertungkus-lumus untuk menghasilkan karya tempatan yang berkualiti, jadi saya berharap lebih ramai akan ke pawagam untuk menonton filem ini.
“Semestinya saya terharu kerana baru minggu pertama filem ini sudah mencatatkan jumlah yang begitu memberangsangkan. Jadi, saya berharap momentum ini akan diteruskan ke minggu akan datang,” katanya.

Selain pelakon utama seperti Zizan Razak dan Shaheizy Sam, Polis Evo 3 turut menampilan Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Terdahulu, Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office sebanyak lebih RM18 juta, manakala Polis Evo 2 (2018) mengutip RM23 juta.

Sumber: Harian Metro (Zaara Talita), Instagram Syafiq Yusof

The post Syafiq Yusof ‘kalahkan’ abang sendiri! Polis Evo 3 atasi rekod Mat Kilau appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/e6LXdTQ
sumber : ohmymedia.cc

No comments