Bapa minta maaf anak suka londeh seluar kawan punca dikurung cikgu
Beberapa hari lalu, tular beberapa tangkapan layar menunjukkan seorang murid Tahun 1 dikurung dalam sebuah bilik berpagar besi yang kelihatan seperti penjara sehingga menarik perhatian ramai.
Difahamkan, tindakan daripada salah seorang guru di sekolah rendah di Rembau, Negeri Sembilan tersebut telah mengundang rasa tidak puas hati ibu bapa murid terbabit.
Bagaimanapun, ibu bapa kepada murid yang dikurung berkenaan tampil meminta maaf susulan tindakan anaknya melondehkan atau ‘menarik’ seluar rakannya.
Bapa murid berkenaan yang enggan namanya dikenali memberitahu, pihak sekolah telah pun memohon kepadanya susulan tindakan anaknya bergurau secara kasar dengan melondehkan seluar murid lain.
“Saya juga sudah mohon maaf kepada ibu bapa murid itu terhadap tindakan anak saya. Mereka enggan memanjangkan isu itu berikutan anak kami memang berkawan baik di luar sekolah. Malah, anak saya memang kuat bergurau.
“Semua pihak sudah saling bermaaf-maafan ketika perjumpaan semalam (Rabu). Saya dan isteri tidak simpan dalam hati, bagaimanapun saya sudah serahkan segalanya kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk siasat,”katanya.
Bapa murid berkenaan menjelaskan, guru kelas anaknya memaklumkan dia bergurau dengan menarik seluar kawannya. Namun, ia bukanlah dilakukan seorang diri kerana membabitkan beberapa pelajar lain.
“Saya dimaklumkan guru kelas, anak saya bergurau dengan menarik seluar kawannya. Bukan anak saya seorang yang melakukannya. Malah, ia turut membabitkan tiga atau empat murid lain,”ujarnya lagi.
Dalam pada itu, dia turut mendedahkan anaknya kini trauma mahu hadir ke sekolah setelah dimasukkan ke dalam ‘penjara’ yang dipercayai ruangan pameran Persatuan Pencegahan Dadah Sekolah.
“Anak saya tidak mahu hadir ke sekolah sebab trauma…takut akan dimasukkan ke dalam penjara itu lagi.
“Anak saya buat masa sekarang tak nak ke sekolah sebab takut ke tempat itu. Saya berharap kejadian seumpama ini tidak berulang lagi pada masa akan datang. Saya juga minta tempat tersebut dibuka dan jangan jadikan tempat kurung budak-budak kat dalam tu,”katanya kepada mStar.
Katanya lagi, buat masa sekarang dia cuba memperbaiki mental dan emosi anak-anak dengan apa yang sudah terjadi lebih-lebih lagi mereka sudah bermaafan.
Sementara itu, memetik laporan BH Online, hasil siaatan PPD mendapati hukuman pengasingan tersebut dilakukan pihak sekolah selepas murid berkenaan mengulangi kesalahan menganggu rakannya dengan suka melondehkan seluar walaupun sudah diberikan peringatan.
Sumber: BH Online (Suraya Roslan), mStar, Twitter AzuanMekanik
The post Bapa minta maaf, anak suka londeh seluar kawan punca ‘dikurung’ cikgu appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/di1FQ4e
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment