Header Ads

Belum rezeki timang cucu pakcik meja sebelah minta izin dukung bayi Mommy daddy makan dulu

Tular sebuah video memaparkan kegembiraan seorang pakcik apabila dapat mendukung bayi perempuan yang merupakan cahaya mata kepada sepasang suami isteri ketika menjamah sarapan pagi di sebuah restoran.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, suami isteri tersebut @ameeraida menyatakan bahawa pakcik yang duduk di meja sebelah mereka itu teringin menimang cucu tetapi anaknya belum mempunyai rezeki untuk dikurniakan zuriat.

@ameeraida

semoga ada rezeki untuk atok nenek nimang cucu 😘 #lakibini #couplestiktok #malaysiacouple #babytiktok #babymalaysia #suamiistri #fyp #fypã‚·゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia

♬ suara asli – Azizah_bams – Azizah_Jambi

Bercerita lanjut, @ameeraida berkata pada mulanya pakcik berkenaan bersama isterinya tersenyum melihat bayi mereka bernama Aufaa sebelum meminta izin untuk mendukung sementara pasangan muda itu sedang menikmati makanan.

“Tengah sarapan pagi di kedai mamak, ada pakcik makcik sebelah meja senyum-senyum tengok Aufaa. Pakcik tu kata ‘meh atok pegang kejap boleh? Bagi mommy daddy (@ameeraida) makan dulu’.
“Mula-mula macam risau, tapi takpelah. Makcik tu cakap dah lima tahun tunggu cucu daripada anak dia tapi belum ada rezeki,” tulis @ameeraida dalam video tersebut baru-baru ini.

Rakaman berdurasi 22 saat itu meraih hampir dua juta tontonan dan menerima 201,900 tanda suka selain lebih 1,700 komen dalam kalangan netizen.

Selain berkongsi pengalaman peribadi, rata-rata netizen memahami perasaan golongan datuk dan nenek yang menanti kehadiran cucu sebagai penyeri dalam kehidupan di usia tua.

Nampak mereka penyayang!

Sedih saya, belum ada rezeki nak beri cucu

Terima kasih bagi pakcik tu pegang sekejap

Harap pakcik makcik tu dapat cucu nanti

Sebak tengok kasih sayang…

Semoga kesabaran kita semua akan membuahkan hasil satu hari nanti. Amin! Paling penting jangan mudah putus asa dan terus berdoa memohon rezeki Allah SWT.

Sumber: TikTok @ameeraida

The post Belum rezeki timang cucu, pakcik meja sebelah minta izin dukung bayi – “Mommy daddy makan dulu” appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/Y7rnbV8
sumber : ohmymedia.cc

No comments