Header Ads

Dakwa pintu rumah dirosakkan bekas kekasih Sabah FC dipanggil polis

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran mengatakan bekas kekasih pemain Sabah FC iaitu Dr Hana Rose atau nama sebenarnya Hani Farhana Binti Hasrul Sani telah dipanggil ke Balai Polis Kota Kinabalu atas dakwaan menceroboh dan perbuatan khianat.

Memetik laporan Sinar Harian, wanita tersebut ditahan polis pada jam 8 malam, Rabu, selepas dipercayai merosakkan pintu rumah bekas teman lelakinya yang juga pemain bola sepak Sabah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, tangkapan tersebut dibuat susulan daripada laporan dibuat oleh pemain bola sepak berkenaan pada 17 Jun lalu.

“Pengadu mengatakan bahawa pintu rumahnya telah dirosakkan oleh bekas teman wanitanya.
“Suspek kemudiannya berjaya ditahan dan dengan tertangkapnya suspek, kita percaya dapat menyelesaikan kes ini,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tangkapan dibuat disabitkan dengan kes melakukan khianat dan kes disiasat di bawah Skesyen 427 Kanun Keseksaan.

Hanya mahu ambil barang di rumah bekas teman lelaki

Sementara itu, wanita berkenaan yang juga doktor estetik menerusi IG Live pada Rabu mengesahkan dirinya hadir ke Balai Polis Kota Kinabalu untuk bagi membantu siasatan.

Malah, dia turut mengesahkan hubungan mereka sudah putus dan tidak lagi bersama selepas insiden berkenaan selain mendedahkan dipanggil polis atas tuduhan menceroboh rumah bekas kekasih.

Jelas Hana, tujuannya pergi ke rumah bekas kekasih adalah kerana mahu mengambil barang kepunyaan dirinya sahaja.

“Saya mahu ambil barang. Banyak barang saya di rumahnya,”ujarnya dalam IG Live.

Hanya insan lemah yang dianiaya

Hana juga membuat naik hantaran di Insta Story dengan menyatakan dia juga sempat meminta bantuan pertolongan daripada beberapa rakan terdekat sebelum hadir ke balai polis bagi memberi keterangan.

Ujarnya, dirinya hanyalah insan yang lemah kerana dianiaya dan ditinggalkan dengan begitu sahaja oleh lelaki tersebut.

Bahkan, dia juga mendedahkan akan mengatur tarikh untuk mendapat kebenaran mengambil barang-barang miliknya di rumah bekas teman lelaki selain menyatakan dirinya tidak berdendam atas tuduhan dilemparkan oleh pemain Sabah FC terbabit.

Sebelum ini, portal melaporkan seorang wanita dicederakan oleh teman lelakinya di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 7 Jun akibat perselisihan faham yang berlaku di antara mereka.

Disebabkan itu, lelaki terbabit telah ditahan oleh pada 8 Jun untuk diambil keterangan selain didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 19 Jun lepas atas pertuduhan memukul dan merosakkan telefon bimbit teman wanita di sebuah hotel.

Bagaimanapun, lelaki terbabit, Rizal Ghazali mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan dan diikat jamin RM3,500 selain menetapkan sebutan semula kes pada 24 Ogos depan.

Sumber: Instagram malayantigerfans, drhanarose, Sinar Harian (Asyikin Asmin), Majoriti 

The post Dakwa pintu rumah dirosakkan, bekas kekasih Sabah FC dipanggil polis appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/qDMh0CF
sumber : ohmymedia.cc

No comments