Demi baju toto, Aina Abdul rela bertahan tiga jam tak pergi tandas
Penyanyi Aina Abdul tidak asing lagi dalam industri seni hiburan lebih-lebih setiap busana digayakannya sewaktu menghadiri majlis sentiasa menarik perhatian ramai.
Terbaharu, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani memberitahu dia terpaksa menahan diri dari pergi ke tandas selama tiga jam sepanjang konsert minggu keempat Big Stage 5 berlangsung, baru-baru ini.
Aina berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana memakai busan rumit yang dilihat seperti membawa tilam dan bantal atau digelar baju toto oleh warganet.
“Memang tak pergi tandas. Saya akan tahan sebab memang sudah diajar begitu,”ujarnya.
Katanya lagi, dia pernag merasa apa-apa sewaktu memakai baju tersebut memandangkan pernah menggayakan busana lebih ‘terseksa’ sebelum ini..
“Ikutkan saya tak rasa apa-apa pakai baju begitu sebab pernah pakai baju yang lebih seksa daripada itu sambil menyanyi.
“Pernah masa konsert pakai baju yang susah sambil menyanyi. Kali ini duduk saja, tiga jam saya tahan sampai habis sidang akhbar. Lencun juga (berpeluh),”katanya lagi.
Sebelum ini, Aina mendedahkan dirinya menerima kecaman sehingga pihak mahu memboikot dirinya gara-gara berpakaian pelik.
Dalam pada itu, pelatun lagu Sepi menjelaskan isu dia berpakaian menghalang pandangan penonton tidak sepatutnya diperbesarkan.
“Saya tak sangka orang kecam dengan kebesaran baju itu. Juri duduk di atas platform, memang penonton di belakang saya terhalang walau pakai baju simple sekalipun.
“Saya takut hendak cakap sebenarnya sebab bimbang nanti dituduh riak. Sebab itu saya diamkan sahaja sebelum ini,”jelasnya.
Sumber: Utusan (Hasif Idris), Instagram @ainaabdul
The post Demi baju toto, Aina Abdul rela bertahan tiga jam tak pergi tandas appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/2kaOqEi
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment