Haqiem Stopa tak lumba haram cuma lepak dengan geng towing
Berita mengenai seorang pempengaruh media sosial yang juga ikon permotoran, Haqiem Stopa antara 284 individu ditangkap dalam Ops Samseng Jalan pada malam Aidiladha di Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah pada Rabu menjadi bualan ramai.
Bagaimanapun, difahamkan, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 23, tidak terlibat dalam aktiviti kegiatan lumba haram seperti mana tular beberapa buah video di aplikasi TikTok semalam.
@_frhnnaim Masa p ada bunyi,masa balik tiba2 sunyi #loqstaqproblem
Cuma lepak dengan geng towing
Menerusi tangkapan layar dikongsikan oleh Haqiem di laman Instagram, individu dikenali @_frhnnaim menjelaskan pempengaruh itu cumalah ‘lepak’ di lokasi kejadian, namun bukanlah terlibat sama termasuk ditahan oleh pihak polis pada awal pagi tersebut.
Katanya, Haqiem mengikut pihak berkuasa ke balai polis bagi memberi keterangan berhubung kejadian tersebut memandangkan dia turut berada di situ.
“Kita ada dengan dia semalam. Dia lepak sahaja, bukan ikut serta lumba haram atau apa-apa. Tapi, nak dijadikan cerita.. memang polis nak dia juga.
“Tak kena tangkap pun, cuma kena ikut pergi ke balai sahaja. Haqiem memang dari awal lepak sahaja dengan geng towing, tak ada buat kacau apa pun,”jelasnya.
Haqiem yang mempunyai pengikut 325 ribu Instagram berkata, dia sedia maklum terdapat individu yang tidak mempercayainya, namun semuanya dapat dibuktikan dengan penjelasan daripada mereka terlibat pada malam tersebut.
“Aku tahu kau tak percaya aku…. tapi kau tengok sendiri, orang yang ada dekat aku situ, nampak aku kat mana dan buat apa,”tulisnya.
Tak nak ada yang salah faham…
Haqiem dalam hantaran di aplikasi TikTok miliknya tampil bersuara dengan menyatakan dirinya tidak mahu orang ramai salah dengan kehadirannya dalam operasi dilakukan oleh pihak berkuasa baru-baru ini tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Tak nak ada salah faham kenapa aku berdiri di situ. Ramai ja yang ada waktu aku duduk lepak tepi tu. Depa buat kerja depa. Kita salah tetap salah, pengalaman,”coret Haqiem.
@haqiemstopa_starlive_oe Taknak ada salah faham kenapa aku berdiri kat situ .ramai ja yg ada waktu aku ddk lepak tepi tu .depa buat keja depa .kita salah tetap salah .pengalaman #haqiemstopa
Korang berjaya dengan apa yang korang buat…
Dalam pada itu, Haqiem sempat meninggalkan pesanan buat mereka yang terlibat agar menjadi individu terbaik.
Sebelum ini, media melaporkan pempengaruh itu ditahan bersama individu lain seperti mana dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengenai operasi bermula 11 malam (Rabu) hingga 3 pagi (Khamis).
Ahmad Shukri berkata, pempengaruh yang juga idola dalam geng permotoran itu antara penonton yang ditahan di mana ia terdiri daripada 281 lelaki dan tiga wanita berusia antara 15 tahun hingga 20-an, selain 10 daripadanya merupakan remaja bawah umur.
Sebanyak 50 motosikal turut disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat. Malah, sebanyak 194 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan antaranya tiada lesen memandu, mengubah suai motosikal, tiada cermin sisi, tiada insurans serta cukai jalan dan lesen tamat tempoh.
Sumber: TikTok apexsayur27, _frhnnaim, @haqiemstopa_starlive_oe, Instagram @haqiem_stopa , Bernama
The post Haqiem Stopa tak lumba haram, cuma lepak dengan geng ‘towing’ appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/0RCwQT7
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment