Hariz Hamdan layan Amy Nur Tinie seperti kekasih demi jayakan watak
Demi mendapatkan ‘mood’ watak sebagai pasangan kekasih, pelakon Amy Nur Tinie menganggap aktor Hariz Hamdan sebagai ‘kekasihnya’ sepanjang menjalani penggambaran filem Jemputan Ke Neraka.
Namun, disebabkan sikap Hariz, 21, yang lebih matang daripada usia sebenar malah, sangat ‘caring’ terhadap mana-mana wanita termasuk Tinie, adakalanya niat baik itu disalah erti sebagai cinta mahupun suka.
“Hariz walaupun muda perangai dia sangat matang dan mengambil berat. Jika orang yang tidak biasa dengannya pasti akan tersalah anggap dan menyangka dia ada hati dengan wanita itu.
“Mengenali Hariz, dia akan melayan baik semua wanita tidak kiralah saya mahupun orang lain. Jangan mudah cair atau terjatuh cinta dengan dia sudahlah.
“Secara peribadi saya tidak kisah kalau kekasih lebih muda asalkan bersikap matang. Umur sekadar angka yang paling penting hati dan kematangan seseorang,” tutur Tinie yang berusia 27 tahun.
Hakikatnya Hariz dan Tinie sememangnya bersahabat baik, malah mereka telah saling mengenali sebelum penggambaran filem arahan Amor Rizan itu lagi apabila sama-sama terlibat dalam drama Alamak Lagi Lagi Dia, selain kerap melakukan ‘live’ bersama di Instagram serta TikTok.
Sementara itu, Hariz yang juga bekas peserta pertandingan Hero Remaja 2020 mendedahkan, semenjak kecil dia telah dididik untuk menghormati orang sekeliling termasuk wanita tidak kira di mana sahaja dia berada.
Justeru, jika ada wanita atau pelakon gandingannya yang tersalah sangka akan layanan baiknya itu sebagai menyukai atau jatuh cinta, kata Hariz itu bukan masalahnya kerana dia tidak mampu mengawal perasaan orang lain terhadapnya.
“Jika ada mana-mana wanita tersalah erti dengan layanan baik saya dan menyangka saya menyukai mereka terpulanglah.
“Kalau wanita sukakan lelaki yang ‘caring’ mereka pasti akan tertarik dan jika ada pelakon gandingan yang tersuka pada saya, pandai-pandailah kawal perasaan sendiri. Itu bukan masalah saya kerana di set penggambaran saya hanya komited untuk bekerja,” luah Hariz jujur.
Berkongsi lanjut tentang bergandingan dengan Tinie, Hariz mengakui dia cukup senang dan menyukai wanita asal Ipoh, Perak itu kerana kematangannya.
Dalam filem Jemputan Ke Neraka, Hariz memegang watak Fiq yang merupakan kekasih kepada Sofea lakonan Tinie.
“Saya suka bekerja dan berkawan dengan Tinie selain matang, dia berfikiran terbuka dan amat menghormati orang sekelilingnya.
“Jadi, apabila saya mendapat tahu akan bergandingan sebagai kekasihnya dalam filem ini saya berasa lega. Keserasian kami memang tidak dibuat-buat sebab kami berdua memang berkawan baik,” tutur Hariz tentang filem bergenre psiko thriller seram itu.
Filem Jemputan Ke Neraka yang akan menemui penonton di pawagam pada 22 Jun ini turut dibintangi oleh Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Nick Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan dan Alif Hadi.
The post Hariz Hamdan layan Amy Nur Tinie seperti kekasih demi jayakan watak appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/piWZYE8
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment