Header Ads

Kakak Ira Kazar puji adik makin pandai beraksi di dapur selepas berkahwin

Kakak kepada personaliti media sosial dan pelakon, Ira Kazar iaitu Yasmin Kazar,37, memuji kehebatan adiknya beraksi di dapur selepas mendirikan rumah tangga dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof sejak awal Januari lalu.

Memetik laporan OhBulan!, Yasmin yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi berkata dia memuji usaha yang dilakukan oleh adiknya itu.

Malah, pujian tersebut dberikan  adalah sebagai pembakar semangat buat Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin untuk terus belajar memasak.

“Benar, Ira sekarang dah semakin pandai masak sejak dia berumah tangga. Itu adalah perkara baik untuk dia.
“Saya dan dia, malah adik beradik yang lain bukan pandai masak sangat pun sebelum ini. Kemudian, selepas kahwin masing-masing semakin pandai.
“Itu adalah perkembangan baik juga. Saya puji dia tentang itu, untuk beri semangat juga,”katanya.

Sebelum ini, Yasmin pernah memuat naik hantaran di Instagram Story adiknya memasak sotong tumis selain meninggalkan pujian kerana ia begitu sedap untuk dijamah.

Sementara itu, kakak sulung kepada Ira iaitu Melor Kazar,40, mengatakan dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat rumah tangga adiknya bersama suami tercinta.

Melor berkata, dia tidak mampu memberikan sebarang komen lebih lanjut mengenai rumah tangga adiknya kerana tidak mengalami ujian tersebut.

“Saya doakan yang terbaik untuk Ira dan suami (Syamsul). Saya pun nak cakap lebih, tak boleh sebab bukan saya yang menghadapi ujian itu.
“Masing-masing dah besar. InsyaAllah mereka boleh lalui semua ini,”kata Melor.

Sebelum ini, berita mengenai Ira Kazar sah bergelar isteri kepada Syamsul Yusof seperti diumumkan pada 5 Januari lalu mengejutkan ramai sehingga ia menjadi bualan ramai sehingga kini.

Susulan itu, isteri pertama Syamsul ketika itu iaitu Puteri Sarah Liyana yang juga seorang aktres bertindak memfailkan perceraian terhadap suaminya sebelum mereka sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Sekadar info, Syamsul Yusof berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam,6, dan Sumayyah,4.

Sumber: OhBulan! (Shahrin)

The post Kakak Ira Kazar puji adik makin pandai beraksi di dapur selepas berkahwin appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/Z1OfcNi
sumber : ohmymedia.cc

No comments