Patutnya tahun lepas! Azri dedah duit masih tak cukup kahwini Dr. Azra
Pelakon senior, Azri Iskandar mendedahkan dirinya terpaksa menangguhkan majlis perkahwinannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Azra Diera Abdul Hamid.
Hal ini disebabkan mereka masih lagi gagal untuk mengumpulkan wang untuk majlis tersebut dan jumlahnya belum mencukupi.
“Belum sampai masanya lagi… terpaksa tunda sebab terlalu sibuk. Saya pun masih dalam proses kumpul duit.
“Sekarang ini masih belum ada tarikh muktamad lagi. Saya tak nak kongsi tarikh sebab takut tangguh lagi,”ujarnya.
Katanya lagi, dia dan pasangan kini masing-masing sibuk menguruskan urusan kerja masing-masing. Namun, tiada masalah seperti pergaduhan yang berlaku di antara mereka sepanjang tempoh pertunangan mereka selama hampir setahun.
“Alhamdulillah, semuanya okey saja. Semuanya berjalan dengan baik, kami tidak pernah bergaduh dan tiada apa-apa isu,”ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, pelakon berusia 55 tahun itu berkongsi drama terbaharu lakonannya berjudul I Know What U Did On Instagram bakal disiarkan tidak lama lagi di TV3.
Sebelum ini, portal melaporkan Azri selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya yang juga seorang penulis skrip di Kangar, Perlis pada 29 Jun tahun lalu.
Sekadar info, Azri dan pelakon Ellie Suriaty sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama dan mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13.
Pun begitu, Azri turut mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31; Farah Qistana, 29; dan Nur Anis Mastura, 27 menerusi perkahwinan pertamanya.
Sumber: mStar (Maszuhaira Sarimin)
The post Patutnya tahun lepas! Azri dedah duit masih tak cukup kahwini Dr. Azra appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/G8UmY1D
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment