Pemilik McLaren dedah hal sebenar Opai beli kereta bantu perniagaan down
Isu suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Opai berkenaan nombor plat QPA1 pada sebuah kenderaan jenis McLaren yang menjadi perdebatan di media sosial sejak semalam telah mengundang pelbagai komen negatif.
Dia yang enggan mengulas banyak perihal isu tersebut dan telah memberi kenyataan menerusi Insta Story dengan mengatakan rnombor plat kereta itu tidak digunakan di jalan raya dan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut tidak mencarinya.
Opai beli tahun lepas tapi tak sempat tukar nama
Susulan daripada itu, pemilik sebenar kereta McLaren tersebut telah tampil menjelaskan hal sebenar di mana kereta terbabit sebenarnya sudah dibeli oleh Opai tahun lalu.
Memetik laporan dari Mstar, pemilik supercar dikenali sebagai Hafiz Wasa menyatakan yang Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang sudahpun membeli kereta tersebut daripadanya pada November tahun lalu.
“Ya saya pemilik kenderaan itu, tapi Opai dah beli kereta itu daripada saya pada November lalu.
“Cuma kami belum lakukan penukaran pindah milik lagi sebab dia agak sibuk dengan urusan perkahwinan, umrah dan sedikit pembedahan. Semuanya masih dalam proses tapi bayaran dia dah selesaikan.
“Jadi itu memang kereta dia pun, pelik dengan netizen ni… mungkin sebab video Opai yang viral baru-baru ini menyebabkan ia jadi bualan,” katanya.
Beli sebab nak bantu rakan
Menurut Hafiz, Opai sebenarnya bukanlah seperti yang digembar gemburkan di media kerana dia sangat baik apabila diluar sehingga sanggup membeli kereta tersebut untuk membantu rakan yang mengalami masalah dalam perniagaan.
“Saya ada jalankan perniagaan dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bisnes kami ada masalah situ, itu sebab kami buat keputusan untuk jual kereta tersebut.
“Saya rasa Opai beli kereta itu pun sebab nak tolong saya, ikutkan dia ada banyak pilihan lain.
Kami dah kenal sejak 2016. Sepanjang perkenalan saya dengan Opai, dia dekat luar tidak sama macam di dalam video. Dia seorang yang baik dan hormat orang,” jelasnya.
Terdahulu, tular di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan yang Opai menggunakan nombor plat pihak lain untuk kereta McLaren yang ditunjukkan sewaktu bergambar dengan isterinya.
Pihak JPJ Kuala Lumpur juga mengesahkan bahawa nombor plat tersebut bukanlah diatas namanya, begitu juga pemilik kereta.
Opai yang dilihat berada di katil hospital menjelaskan bahawa kereta dengan nombor plat terbabit tidak digunakan dijalan raya dan hanya untuk bergambar kenangan bersama isteri sempena perkahwinan mereka tahun lalu.
Sumber: Mstar (Maszuhaira Sarimin)
The post Pemilik McLaren dedah hal sebenar, Opai beli kereta bantu perniagaan ‘down’ appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/v2OINUe
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment