Header Ads

Selalu gali kubur orang kali ini gali untuk kebumi jenazah bayi sendiri

Bukan mudah untuk menerima hakikat kehilangan insan tersayang, namun semuanya sudah menjadi ketentuan Allah SWT yang perlu diterima dengan hati terbuka.

Itu dirasai oleh seorang bapa Mohd Nazri apabila anak lelakinya, Muhamad Eiman Rayqal yang berusia tiga bulan meninggal dunia akibat penyakit jantung berlubang.

Kisah sedih tersebut dikongsi pasukan khidmat pengurusan jenazah iaitu Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih menerusi sebuah hantaran di laman Facebook, baru-baru ini.

Lebih menyentuh hati apabila Mohd Nazri yang merupakan penggali kubur, menggali liang lahad kepada anaknya sendiri di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, Selangor sekali gus mengundang sebak dalam kalangan netizen.

“Gali kubur orang lain tak sama menggali kubur anak sendiri. Syukur Allah beri pinjaman walaupun hanya tiga bulan. Nazri si penggali kubur yang bertugas sebagai pemandu jengkaut Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.
“Reda dan bersyukur kerana Allah lebih menyayangi anak syurganya. Nama diberi Muhamad Eiman Rayqal bin Mohd nazri dijemput illahi semalam asbab jantung berlubang.
“Walaupun perit, tetap redho akan pemergian anak tersebut. Kerana itu adalah ketentuan Allah SWT. Anak syurga diuruskan di rumah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara,” tulis organisasi tersebut.

Menerusi hantaran gambar dimuat naik, Mohd Nazri dilihat mencangkul liang lahad dibantu beberapa rakan selain mendukung jenazah anak syurga itu sebelum dikebumikan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan takziah serta berharap Mohd Nazri dan isteri reda menerima ketentuan daripada-Nya.

Salam takziah buat keluarga

Semoga kedua ibu bapa reda

Sumber: Facebook Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih

The post Selalu gali kubur orang, kali ini gali untuk kebumi jenazah bayi sendiri appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/CFb8lAm
sumber : ohmymedia.cc

No comments