Suami kecewa cuma dapat 2 hari cuti, balik kerja nampak isteri berpantang kaku di sisi bayi
Seorang suami dari Sabah berkongsi kisah memilukan apabila kehilangan isteri tercinta yang meninggal dunia selepas empat hari melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Berdasarkan pemerhatian, difahamkan Exly Jailon hanya diberikan dua hari cuti paterniti iaitu cuti khas bagi golongan suami apabila isteri bersalin berbanding tujuh hari sekiranya di Semenanjung.
Meninggal dunia ketika berpantang
Akibat kekangan masa bagi menjaga kedua-dua insan tersayang, lelaki berusia 30 tahun itu terpaksa menerima hakikat bahawa isterinya menghembuskan nafas terakhir pada 9 Mei lalu.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Exly memuat naik pelbagai hantaran meluahkan rasa sedih dan terkilan selain turut menceritakan situasi dialami sejak insiden tersebut.
Mengulas lanjut, lelaki berketurunan Dusun itu mendakwa, majikannya seolah-olah tiada sifat empati kerana masih memintanya hadir memenuhi tuntutan kerja sewaktu mendiang isteri bersalin.
“Kamu boleh bayangkan balik-balik dari kerja, isteri sudah tidak bernyawa. Anak yang baru lahir dalam usia empat hari menangis tidak dapat menyusu disamping ibu dia yang sudah berbaring berkeras tidak bernyawa!
“Ketika isteri saya bersalin, kamu (majikan) suruh juga datang kerja. Bila isteri saya meninggal baru kamu senang-senang cakap kami turut bersedih dgn pemergian isteri kamu.
“Kamu telefon bah. Cakap saja bagi cuti tanpa gaji saya boleh terima.. saya ni terpaksa kerja bah gara-gara komitmen kerja. Saya balik kerja, isteri sudah tidak bernyawa.
“Saya mahu cuti pun dicakap ‘lagi bagus juga kalau dapat datang kerja’. Apa lah tu! kerja mati-mati (bersungguh-sungguh) gaji tidak setimpal. Kamu bayar berapa banyak pun dapat ke kembalikan nyawa isteri saya?
“Saya mati-mati kerja… gara-gara itulah saya balik kerja, buka pintu nampak mendiang isteri sudah keras (kaku) tidak bernyawa!vKamu fahamkah perasaan saya?” tulisnya.
Itu antara luahan sebak Exly yang membuatkan netizen turut bersimpati atas nasib menimpanya sehingga seorang individu, Harayanie Haraa tampil bersuara meminta pihak bertanggungjawab meneliti semula soal hak asasi pekerja di Sabah.
Harayanie mendakwa, Exly turut diminta supaya tidak menyalahkan pihak syarikat sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Sumber: Facebook Exly Jailon & Harayanie Haraa
The post Suami kecewa cuma dapat 2 hari cuti, balik kerja nampak isteri berpantang kaku di sisi bayi appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/DYN2SQm
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment