Teroka peluang strategik 14 pempamer sertai Pameran Udara Antarabangsa Paris 2023
Bagi mempromosi negara sebagai hab industri aeroangkasa Asia Tenggara, 14 pempamer termasuk syarikat, agensi penggalakan pelaburan negeri dan Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIA) menyertai Pameran Udara Antarabangsa Paris (IPAS) 2023 ke-54.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berkata, agensinya dan Perbadanan Industri Aeroangkasa Nasional Malaysia (NAICO) bekerjasama bagi menerajui Pavilion Malaysia pada acara aeroangkasa dan penerbangan tersebut.
“Di bawah kepimpinan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), MATRADE dan NAICO, Pavilion Malaysia menyediakan platform dinamik untuk syarikat aeroangkasa Malaysia mengembangkan kehadiran global mereka dan meneroka peluang strategik untuk pembangunan teknologi.
“Delegasi Malaysia bertujuan untuk menunjukkan komitmen Malaysia terhadap kemampanan, inovasi, teknologi pembuatan termaju, dan menyokong kestabilan rantaian bekalan global,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.
IPAS 2023 dianjurkan oleh Salon International de l’Aéronautique et de l’Espace (SIAE), anak syarikat Persatuan Industri Aeroangkasa Perancis (GIFAS) yang berlangsung dari 19 hingga 25 Jun ini di Le Bourget Parc des Expositions.
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, sektor aeroangkasa Malaysia memainkan peranan penting dalam memacu kemajuan Malaysia dalam inovasi dan teknologi serta eksport bernilai tinggi.
“Ia adalah bidang tumpuan utama yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Pelan Tindakan Aeroangkasa Malaysia 2030.
“Dengan industri yang mantap dan keupayaan kukuh dalam pemasangan dan penyelenggaraan pesawat, Malaysia mempunyai salah satu sektor aeroangkasa terbesar di Asia Tenggara.
“Disokong oleh tenaga kerja mahir dan MATRADE yang sentiasa komited untuk menjana lebih banyak peluang bagi syarikat aeroangkasa Malaysia untuk memanfaatkan permintaan pasaran aeroangkasa global,” katanya.
Dari segi prestasi perdagangan, industri aeroangkasa di Malaysia merekodkan jumlah perdagangan RM24.04 bilion pada 2022, dengan eksport meningkat 9.1% kepada RM6.32 bilion berbanding RM5.79 bilion pada 2021.
Eksport utama Malaysia bagi sektor aeroangkasa termasuk bahagian untuk pesawat atau helikopter selain alat pengganti bagi pesawat yang menjadikan Perancis, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Singapura sebagai destinasi tahun lalu.
Secara ketara, Malaysia mengalami peningkatan sebanyak 99.1% dalam eksport ke Perancis, mencecah RM1.78 bilion.
“Melihat ke hadapan, Malaysia berhasrat untuk menjadi negara aeroangkasa terkemuka di Asia Tenggara, bersepadu sepenuhnya ke dalam pasaran global.
“Kami mengunjurkan pendapatan tahunan sebanyak RM55.2 bilion dan mewujudkan lebih 32,000 pekerjaan berpendapatan tinggi seperti yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Aeroangkasa Malaysia 2030,” ujarnya.
The post Teroka peluang strategik, 14 pempamer sertai Pameran Udara Antarabangsa Paris 2023 appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/AdJW8ij
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment