Akui silap tak pakai ‘seat belt’, MK & isteri mohon maaf tunjuk contoh kurang baik
Baru-baru ini, penyanyi MK daripada kumpulan K-Clique berkongsi sebuah video bersama pasangannya, Siti Hajaar Sheikh Nordin ketika menaiki kereta sehingga mengundang perhatian ramai.
Ditegur tak pakai ‘seat belt’
Mana tidaknya, dalam hantaran dimuat naik di laman TikTok dan Instagram memaparkan isteri MK iaitu Siti Hajaar sedang memandu kereta dan MK berpura-pura menjadi majikan memberikan arahan kepada ‘pemandu peribadinya’.
Namun begitu, ada yang perasan bahawa pasangan terbabit tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan duduk disebelah pemandu sehingga menerima kecaman netizen.
@mk.kc302 Driver baru saya.
Mohon maaf tunjuk contoh tak baik
Terbaharu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan tampil membuat permohonan maaf atas kelalaian dia dan isteri tidak memakai tali pinggang keledar ketika menaiki kenderaan itu.
“Pertama kali, saya ingin meminta maaf kepada semua kerana telah memberi contoh yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab dengan video yang saya upload dua hari lalu. Video berkenaan saya sedang mengusik isteri saya ketika sedang memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar dengan betul, sama juga dengan isteri saya yang sedang memandu.
“Itu adalah tanggungjawab saya dan saya minta maaf kepada semua kerana tidak bertanggungjawab dan tidak memberikan contoh yang baik,”ujarnya.
Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Tawau, Sabah berterima kasih kepada semua warganet kerana telah memberi teguran terhadap perilaku dan kelalaiannya dan isteri yang tidak memakai tali pinggang keledar ketika menaiki kenderaan.
Malah, MK turut menasihati orang ramai agar menjadikan videonya sebagai pengajaran dan tidak mengulangi perbuatan tersebut, lebih-lebih lagi ia melibatkan nyawa orang tersayang.
Untuk rekod, MK dan Siti Hajaar telah mendirikan rumah tangga pada 15 Jun 2023 lalu.
Sumber: Instagram @hairuwhuut
The post Akui silap tak pakai ‘seat belt’, MK & isteri mohon maaf tunjuk contoh kurang baik appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/8jfl7HB
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment