Header Ads

Budak 9 tahun maut, disyaki didera ibu kandung maut dan teman lelaki

Seorang kanak-kanak lelaki bberusia sembilan tahun ditemui meninggal dunia di sebuah rumah yang terletak di Taman Panglima, Assam Kumbang, Taiping, Perak, pagi semalam.

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid mengesahkan terdapat unsur penderaan dilakukan kepada kanak-kanak terbabit, selain dipercayai didera sejak Mac lalu.

Beliau berkata mangsa merupakan anak kedua daripada lima beradik, manakala ibu mangsa berusia 36 tahun yang tinggal bersama teman lelakinya di rumah sama dikatakan mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya dan dalam proses penceraian.

“Laporan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ada unsur penderaan kepada si mati. Pihak polis percaya kes penderaan itu berlaku sejak Mac lalu.
“Ibu kanak-kanak itu mengalami masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian dengan suaminya,”ujar Razlam.

Terdahulu, Razlam berkata pihaknya menerima mengenai maklumat kejadian melalui Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 sekitar jam 11 pagi semalam.

Seterusnya, pegawai perubatan dikejarkan ke lokasi kejadian dan mengesahkan kematian kanak-kanak itu.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan lebam di kaki, badan dan muka mangsa yang berkemungkinan akibat kesan didera,” katanya.

Susulan penemuan daripada pihak forensik itu, ibu mangsa serta teman lelakinya yang berusia 30-an ditahan reman di Mahkamah Taiping hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Buletin TV3

The post Budak 9 tahun maut, disyaki didera ibu kandung maut dan teman lelaki appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/Aq9pkiM
sumber : ohmymedia.cc

No comments