Header Ads

Buka pintu kuat sangat! Wanita didakwa calarkan kereta sebelah, si suami siap keluar ‘backup’

Gara-gara penumpang kereta sebelah membuka pintu terlalu kuat, seorang lelaki mendakwa kenderaan miliknya mengalami kesan calar dalam kejadian berlaku di Sunway, Petaling Jaya, Selangor pada tengah hari Isnin.

Menurut Adzwan Ab Manas, kereta pasangan suami isteri itu muncul dan diparkir bersebelahan kenderaannya sebelum penumpang wanita bertindak membuka pintu dengan kuat.

Wanita didakwa calarkan kereta sebelah

Dia kemudian menegur perbuatan wanita tersebut secara baik, namun mendakwa dirinya pula dipersalahkan kerana meletakkan kenderaan terlalu rapat.

Walau bagaimanapun, suami wanita berkenaan dilihat seolah-olah tidak berpuas hati sekali gus keluar dari kereta untuk bersemuka dengan Adzwan.

“Isteri beliau telah membuka kereta dengan kuat sehingga terdapat kesan calar pada kereta saya. Saya menegur isteri beliau dengan nada suara yang baik.
“Saya tegur boleh tak buka pintu perlahan-lahan jangan sampai terkena kereta orang. Mula-mula isteri beliau berkata “oppss sory terkena”.
“Saya mula-mula dah sejuk dah tapi ayat isteri beliau seterusnya yang buat saya tegur semula, masih dengan nada suara yang rendah. Isteri beliau boleh sambung kata kereta saya parking dekat-dekat.
“Setahu saya lah, saya yang park kereta dahulu dan dia datang kemudian. Dia keluar kereta dan buka pintu sampai calar kereta orang. Lagi pun parking punya banyak dan dia yang datang kemudian parking sanggup menyempit masuk,” tulisnya.

Adzwan berkongsi perkara demikian menerusi sebuah hantaran di laman Facebook dengan memuat naik beberapa gambar dan video berhubung kejadian terbabit.

Si suami siap keluar ‘backup’

Sementara itu, Adzwan turut mendakwa lelaki tersebut bersikap biadab kerana tidak memohon maaf bagi mewakili isteri sebaliknya tiba-tiba memarahi dan menengkingnya.

“Ya isterinya dah mintak maaf tapi kenapa boleh sala kan saya parking dekat sedangkan dia yang parking kemudian. Saya telah park kereta dan berada dalam kereta hampir 20 minit kut kerana menunggu orang dan baru dia sampai parking.
“Si suami pulak tiba-tiba datang menjerit kata kau nak apa lagi!! Eh kalau si isteri dah buat silap sepatutnya sebagai suami datang mohon maaf mewakili si isteri tu.
“Ni tak terus menengking dan menjerit-jerit. Saya post ni bukan nak aibkan siapa-siapa tapi nak tunjuk kelakuan biadab suami isteri yang dah buat salah tapi tunjuk samseng,” katanya.

Hantaran berkenaan mendapat hampir 300 perkongsian, 281 tanda suka selain 332 komen dalam kalangan netizen yang rata-rata menasihati Adzwan supaya membuat laporan polis.

Buat laporan polis je bang

Nampak isteri dia punca, batu api?

Namun begitu, setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kejadian yang tular di laman Facebook itu.

Sumber: Facebook Adzwan Ab Manas

The post Buka pintu kuat sangat! Wanita didakwa calarkan kereta sebelah, si suami siap keluar ‘backup’ appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/U9zKiWJ
sumber : ohmymedia.cc

No comments