Header Ads

Janna Nick rancang soal zuriat mahu anak zodiak Libra

Masih dalam fasa pengantin baharu, penyanyi dan pelakon Janna Nick memaklumkan jadual kerjaya seninya padat sehingga hujung tahun ini.

Menurut laporan Harian Metro, bagaimanapun dia dan suaminya Dini Schatzmann yang juga pelakon ada merancang mengenai zuriat sekiranya mereka dikurniakan rezeki.

Rancang soal zuriat

“Kita merancang, namun jujur saya cakap perjalanan kerjaya seni saya, sekarang ini jadual saya agak penuh sampai hujung tahun. Jadi ruang untuk kita ada cahaya mata itu kalau diberikan rezeki alhamdulillah,” katanya.

Mahu anak zodiak Libra

Pelakon berusia 28 tahun itu berkata, dia mengimpikan cahaya mata yang dilahirkan dalam zodiak Libra iaitu antara 23 September sehingga 22 Oktober namun hanya mampu merancang tentang perkara tersebut.

“Tapi seboleh-bolehnya saya nak anak saya zodiak Libra, jadi jika diikutkan pada tahun ini macam sudah tidak sempat.
“Entah kenapa saya meminati zodiak itu jadi InsyaAllah tahun depan. Itu kalau ada rezeki saya nak anak saya Libra. Apa pun kita hanya merancang saja,” ujarnya.

Sementara itu, Janna mengakui masih dalam proses menyesuaikan diri menjalani kehidupan rumah tangga selepas bernikah pada 10 Jun lalu.

“Masih lagi dalam fasa tengah cuba untuk menyesuaikan diri. Biasalah, sebelum ini hidup bujang. Masih kekok bila orang mengucapkan tahniah dan sebagainya, rasa malu pun ada juga.
“Saya hendak sebut suami pun rasa macam malu. Bila berada dalam industri ini saya masih lagi fokus dengan kerjaya.
“Bukan hal peribadi dan saya anggap hal rumah tangga serta keluarga dalam skop peribadi saya. Oleh itu, saya akan cuba seboleh-boleh untuk cuba asingkan peribadi dan juga kerjaya,” kongsinya.

Sumber: Harian Metro (Zaara Talita), Instagram Janna Nick & Dini Schatzmann

The post Janna Nick rancang soal zuriat, mahu anak zodiak Libra appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/XNOS0Tv
sumber : ohmymedia.cc

No comments