Kawan ejek saya miskin..- Pelajar dedah punca takut pergi sekolah
Kes buli di kalangan pelajar sekolah semakin parah dan bagaikan tiada penghujung ekoran terdapat pelbagai jenis laporan serta maklumat berkaitan kes-kes dilaporkan pada setiap tahun.
Ini termasuklah kes yang berlaku baru-baru ini dan tular di platform Twitter seperti dikongsikan oleh individu dikenali @EmmizaHasmi sehingga mendatangkan kesan dan trauma buat seorang pelajar perempuan.
Pasal apa takut nak pergi sekolah?
Menerusi ciapan tular, kelihatan beberapa pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Selatan dan individu lain datang membuat pemantauan mengenai khabar seorang pelajar yang tidak hadir ke sekolah.
Dalam hantaran tersebut, pelajar dari Kampung Tebing Tinggi, Malim Mawar, Kampar, Perak berkenaan disoal mengenai punca dirinya takut menghadirkan diri ke sekolah bagi sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP).
“Beritahu pak cik pasal apa takut nak pergi sekolah? Biar pak cik dengan Tuan PPD pergi jumpa pengetua sekarang,”soalnya.
Akhirnya, segala persoalan dan teka-teki mengenai punca tindakan pelajar demikian terjawab juga dan mendedahkan dia takut kerana menjadi mangsa ejekan rakan di sekolah.
“Kawan ejek saya miskin,”jawabnya ringkas tapi penuh mendalam.
Sedihnya, biadap ejek kawan..
Rata-rata warganet tidak berpuas hati dan berang apabila mendapat tahu budaya membuli secara lisan lebih-lebih lagi menyentuh perihal ekonomi seseorang masih lagi berlaku sehingga kini.
Mereka juga berharap agar pelajar berkenaan dibantu selain meminta ibu bapa diluar sana mengajar anak-anak mereka agar menghormati perasaan seseorang.
Jadikan motivasi untuk berjaya
Sementara itu, ada juga individu berharap agar pelajar perempuan berkenaan untuk terus kuat dan jadikan kata-kata ejekan tersebut sebagai semangat untuk terus berjaya dalam pelajaran.
Sumber: Twitter @EmmizaHasmi
The post “Kawan ejek saya miskin..”- Pelajar dedah punca takut pergi sekolah appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/LyE0AgW
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment