Header Ads

Lelaki sanggup ‘travel’ Kuala Pilah-Muar selama 3 bulan demi buat ‘projek’ dengan remaja 14 tahun

Seorang lelaki sanggup berulang-alik kira-kira 300 kilometer (km) semata-mata ingin mengadakan hubungan seks dengan remaja perempuan berusia 14 tahun sebelum berjaya ditahan semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, suspek yang berusia 22 tahun dilaporkan menunggang motosikal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Bakri, Muar sebelum merogol dalam kebun sawit di belakang rumah mangsa sejak Mac lalu.

Walau bagaimanapun, perbuatan terkutuk berkenaan terbongkar apabila abang mangsa hairan adiknya sering tiada di rumah pada setiap jam 1.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, abang mangsa kemudian menyiasat sebelum adiknya ‘kantoi’ melakukan hubungan seks dengan suspek yang bekerja di sebuah restoran makanan segera.

“Susulan itu satu laporan polis dibuat di Balai Polis Bukit Kepong di sini kelmarin. Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku sejak Mac lalu dan kali terakhir bulan lalu,” katanya.

Raiz Mukhliz berkata, berdasarkan maklumat, suspek akan menghubungi mangsa terlebih dahulu sebelum saling berjumpa di lokasi kejadian.

Susulan itu, Mahkamah Majistret Muar mengeluarkan perintah reman selama seminggu terhadap suspek bermula hari ini untuk  membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kejadian terbabit mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata hanya mampu mengucap panjang pada ruangan komen daripada laporan berita Berita Harian di laman Facebook.

Ya Allah peliharalah anakku

Moga keluarga mangsa tabah

Sumber: Sinar Harian (Zulhisham Isahak), Facebook Berita Harian

The post Lelaki sanggup ‘travel’ Kuala Pilah-Muar selama 3 bulan demi buat ‘projek’ dengan remaja 14 tahun appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/tENavUP
sumber : ohmymedia.cc

No comments