Penat berhabis duit & masa, ada mangsa tarik laporan kes libatkan PU Azman?
Perbicaraan berkenaan kes amang seksual yang melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman telah pun memasuki hari keempat.
Berita tentang kes tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila mahkamah telah meminta beberapa orang saksi untuk memberikan kenyataan.
Memetik laporan dari Mstar semalam, seorang saksi yang merupakan seorang ustazah memaklumkan yang PU Azman telah melakukan seks oral kepada anak muridnya termasuklah mencium mulut.
Ada yang tarik laporan
Susulan tularnya berita berkenaan, seorang pengguna media sosial dikenali sebagai farhan.azmii telah menulis komen diruangan Instagram sumber mendedahkan bahawa dia juga merupakan ahli keluarga salah seorang mangsa pendakwah selebriti tersebut.
Walau bagaimanapun, pihak keluarganya telah menarik balik laporan polis kerana tidak sanggup menghadapi pelbagai prosedur yang terlalu banyak sehingga memakan waktu dan juga kewangan mereka.
Tiada lagi bahasa berlapik, dengar pun malu
Ujarnya lagi, mereka perlu memberikan keterangan berjam-jam dan pelbagai lagi prosedur yang memenatkan. Bukan itu sahaja, dia mendedahkan keterangan yang diberi sangat diluar jangka dan tidak sesuai untuk diceritakan kerana malu dengan istilah serta pelakuan suspek terhadap mangsa.
Sudah reda & tak lagi bercerita dalam keluarga
Pengguna Instagram itu juga sempat berbalas-balas komen dengan netizen yang lain dengan mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kata-kata semangat mereka.
Dia juga mengakui bahawa sudah reda dengan apa yang berlaku terhadap salah seorang ahli keluarganya namun mereka semua memilih untuk tidak bercakap berkenaan kejadian itu lagi.
Jelasnya, mereka hanya berharap supaya Tuhan dapat membalas setiap apa yang berlaku dan mendoakan pelaku sempat bertaubat kepada Allah S.W.T.
Untuk rekod, PU Azman telah didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu pada 12 Oktober 2022.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan kelucahan melampau.
Kesalahan tersebut dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai tahun lalu.
Selain itu, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang.
Sumber: Instagram Mstar
The post Penat berhabis duit & masa, ada mangsa tarik laporan kes libatkan PU Azman? appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/y6bDKmx
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment