Staf keluar pergi tandas sekejap punca kaunter Air Kelantan kosong – Mohd Amar
Sejak semalam, tular beberapa foto berserta hantaran dibuat seorang individu dikenali Hanif M. Noor di mana dia meluahkan rasa kesal dan terkilan terhadap pihak pengurusan Air Kelantan.
Dakwanya, kaunter Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kosong sehingga jam 9.13 pagi walaupun waktu pejabat sudah bermula 8 pagi sehingga menyebabkan urusan pengguna tersebut tergendala.
Kaunter tak kosong, staf cuma pergi tandas sekejap
Isu tersebut mendapat perhatian Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengakui terkejut dengan dakwaan individu tersebut terhadap AKSB.
Memetik laporan BH Online, Mohd Amar berkata, dia sudah merujuk dan mendapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan mengenai isu tular.
Katanya, kakitangan AKSB sudah ada pada waktu berkenaan, cuma dia pergi ke tandas sebelum datang semula ke kaunter pada 9.30 pagi.
“Hari ini (semalam) tular kata kaunter AKSB kosong. Saya baca dan terkejut juga, tetapi saya rujuk kepada pihak berkenaan.
“Rupanya kakitangan keluar sekejap untuk ke tandas dan kebetulan pelanggan itu datang. Jadi, kaunter kosong. Silapnya kakitangan tidak letak notis atas kaunter,”jelasnya.
Tambah Mohd Amar, individu berkenaan datang pada waktu kakitangan tersebut pergi ke tandas sehingga membuat tohmahan mendakwa kakitangan tidak kerja disebabkan panggilan tidak dijawab.
“Pada masa yang sama, dia (pengguna) datang dan buat tohmahan kata kakitangan tidak kerja sebab itu panggilan tidak dijawab serta sebagainya. Akhirnya benda ini tersebar,” katanya menerusi siaran langsung diskusi, Kelantan Maju 2028.
Katanya lagi, orang ramai pada masa ini terlalu mudah untuk membuat kesimpulan sebaik sahaja mendapat tahu sesuatu isu tular tanpa membuat sebarang semakan fakta.
“Orang guna media sosial dan suka sebar tanpa semak fakta dahulu sama ada betul atau sebaliknya,” katanya lagi.
Sumber: BH Online (Hidayatidayu Razali), FB Hanif M. Noor
The post Staf keluar pergi tandas sekejap punca kaunter Air Kelantan kosong – Mohd Amar appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/XjLPkW3
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment