Header Ads

Tak kira darjat tunai haji buat Alif Satar rasai pengalaman seperti gelandangan

Penyanyi terkenal, Alif Satar menyifatkan ibadah haji mampu mengikis sifat sombong dan takbur dalam diri seseorang kerana setiap para jemaah merasai pengalaman yang sama dengannya.

Tanpa mengira darjat, semua orang tidur tepi jalan

Alif menerusi hantaran di Instagram menyatakan salah satu rukun mengerjakan rukun haji berjaya meninggalkan impak besar iaitu ketika bermalam di Mina.

Hal ini kerana, setiap orang dilihat tidur di tepi jalan tanpa mengira status seseorang, baik mengambil pakej mahal, bergelar selebriti atau apa-apa sahaja jawatan tertinggi di sandang.

“Mengikut manasik haji Muhammad SAW, kami semua jamak takhir Maghrib dan Isyak dengan bermabit (bermalam) sehingga solat Subuh di Muzdalifah.
“Di sini, tidak kiralah bayar pakej ratus ribu, engkau berpangkat Tan Sri, artis yang orang sanjung hatta Mufti sekalipun, semua orang tidur tepi jalan,”katanya.

Macam ini rasa orang ‘homeless’ (gelandangan)

Tambah penyanyi berusia 33 tahun, pengalaman bermalam di Mina sedikit sebanyak memberinya merasai pengalaman hidup seperti seorang gelandangan.

Katanya, situasi di saling tidak tumpah seperti golongan kurang berkemampuan berkenaan sehingga merasakan diri seorang kerdil sebagai hamba Allah SWT.

“Bila aku fikir, rupanya macam inilah rasa orang ‘homeless’ (gelandangan). Tiada tempat mandi, kemudian waktu tengah malam korek tanah untuk mencari batu (persediaan melontar).
“Wallahi, walaupun masa ni dah dua malam tak mandi, tak pergi tandas, badan dah penat ditambah pula kekecohan bunyi dan bau asap ekzos bas.
“Dengan berlapik ‘sleeping bag’ dan beratapkan langit bintang. Allah bagi nikmat juga, dapat aku tidur yang lena. Tak percaya? Zoom lah muka aku tu, tidur pun ada senyum,”kongsinya berserta seloroh.

Sementara itu, Alif turut berkongsi serba sedikit pengalaman sewaktu mengerjakan rukun haji seperti perjalanan melontar jamrah dan berjalan kaki menuju ke Mekah.

Sekadar info, selain Alif, antara selebriti dan pempengaruh tempatan yang menunaikan ibadah haji adalah seperti Datuk Aaron Aziz, Faizal Tahir, Zul Ariffin, Lisdawati, Anne Ngasri, Hafiz Mahamad serta isteri.

Sumber: Instagram @alifsatar

The post Tak kira darjat, tunai haji buat Alif Satar rasai pengalaman seperti gelandangan appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/ULKhDZ9
sumber : ohmymedia.cc

No comments