Tukang cuci restoran maut putus kepala jatuh dari tingkat 29 bangunan
Seorang pekerja tukang cuci meninggal dunia serta merta apabila terjatuh dari tingkat 29 bangunan perniagaan di Bandar Utama semalam.
Difahamkan, mayat tukang cuci itu berada dalam keadaan mengerikan selepas kepalanya terputus daripada badan.
Tukang cuci jatuh dari bangunan
Menerusi perkongsian di Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan yang kejadian tersebut berlaku sekitar jam 3 petang dan mayat lelaki warga asing berusia 43 tahun itu ditemui orang awam yang berada di kawasan berkenaan.
“Anggota Balai Polis Damansara bertindak ke lokasi untuk pemeriksaan sejurus menerima panggilan mengenai kejadian.
“Pemeriksaan mendapati terdapat satu mayat lelaki terbaring di bahagian tepi bangunan dalam keadaan kepala terputus daripada badan,” katanya.
Bekerja di sebuah restoran di tingkat 29
Tambah Fakhrudin lagi, lelaki tersebut dipercayai bekerja di sebuah restoran di tingkat 29 bangunan tersebut sebagai seorang tukang cuci.
“Hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), mangsa kelihatan berada di balkoni pada pukul 2.46 petang sebelum kelibatnya tidak kelihatan lagi dipercayai terjatuh dari balkoni itu.
“Mayat lelaki terbabit dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” ujarnya.
Susulan daripada itu, pihak berkuasa meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Fatin Afifa Shahpri di talian 013-7353589 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: Facebook Polis Daerah Petaling Jaya
The post Tukang cuci restoran maut putus kepala jatuh dari tingkat 29 bangunan appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/ev8Sby7
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment