Header Ads

“Adik sayang mama sangat..”- Ibu dedah, juruterbang nahas pesawat anak manja

Ibu kepada mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam hari ini meluahkan sebak dan masih segar dalam ingatan mengenai kata-kata terakhir anaknya yang juga juruterbang, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42.

“‘Adik sayang mama sangat-sangat”,”ujarnya.

Memetik laporan Utusan Online, ibu mangsa, Mahanon Ismail, 67 mendedahkan anak bongsu daripada dua beradik itu ada menghubungi dirinya sebelum menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Jun lalu.

“Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (anak) ada menghubungi saya untuk bertanyakan khabar.
“Sebelum meletakkan telefon, dia berkata ‘adik sayang mama sangat’ dan saya tidak dapat melupakannya sehingga saat ini ,” katanya sebak ketika ditemui di luar pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Katanya lagi, Allahyarham merupakan seorang anak yang manja dan pastinya kehilangannya akan dirindui oleh ahli keluarga.

Sementara itu, Mahanom sekeluarga memaklumkan mereka akan berbincang mengenai pengurusan pengebumian jenazah Shahrul Kamal yang merupakan antara 10 mangsa nahas

Ujarnya, pengebumian berkemungkinan akan dilakukan di Taman Melawati, Kuala Lumpur atau Bukit Jelutong, Shah Alam.

Untuk makluman, Allahyarham Shahrul Kamal meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia 12 hingga tiga tahun.

Sumber: Utusan Online (Iskandar Shah Mohamed), Instagram @bernamaofficial

The post “Adik sayang mama sangat..”- Ibu dedah, juruterbang nahas pesawat anak manja appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/6hNvjiQ
sumber : ohmymedia.cc

No comments