Akui susah bawa watak Rashid Sidek, Farid Kamil terpaksa turun 20kg
Pelakon terkenal Farid Kamil mengaku bahawa tanggungjawab dalam menjayakan watak sebagai pemain badminton lagenda, Datuk Rashid Sidek untuk filem GOLD yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan adalah perkara yang bukan mudah buat dirinya.
Menurut Harian Metro, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari menyatakan antara cabaran perlu dilalui ketika menjayakan filem itu adalah dia terpaksa menurutkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam tempoh dua bulan bagi memastikan fizikal yang seperti jurulatih badminton Malaysia berkenaan.
Selain itu, pelakon filem Lagenda Budak Setan itu menambah lagi bahawa lakonan tersebut sukar dibawa kerana dirinya perlu meletakkan usaha lebih untuk mendapatkan gerakan yang sama seperti pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta itu.
“Tak senang sebenarnya untuk saya bawa watak seorang atlet apatah lagi melibatkan Datuk Rashid Sidek yang mana kita tahu beliau adalah lagenda bagi sukan badminton,” katanya.
Dalam masa sama, Farid turut berbangga dan berterima kasih kepada dua orang lagi pemain badminton lagenda iaitu Datuk Misbun Sidek dan Datuk Seri Jalani Sidek yang banyak membantu dirinya menjayakan watak berkenaan.
Untuk rekod, GOLD merupakan sebuah filem arahan Adrian Teh dan diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Act 2 Pictures yang berdasarkan kisah benar atlet badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou.
Selain pelakon berusia 42 tahun itu, antara nama bintang lain yang turut melakonkan filem tersebut ialah Jack Tan, Fabian Loo, Wan Raja dan Yasmin Hani.
Sumber: Harian Metro (Zulkarnain Azman)
The post Akui susah bawa watak Rashid Sidek, Farid Kamil terpaksa turun 20kg appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/On3CtGc
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment