“Anak2 muda yang nak jadi ‘content creator’, teruskan pembelajaran” -Khairul Aming
Kemenangan influencer dan juga usahawan terkenal, Khairul Aming membawa pulang trofi Creator of The Year dalam TikTok Award Malaysia sememangnya disetujui ramai lebih-lebih lagi mereka yang sudah mengikuti pemuda tersebut sejak awal kemunculannya.
Menang Anugerah TikTok2023
Sentiasa menambat hati pengguna media sosial menerusi konten masak-masak terutamanya pada bulan Ramadan, Khairul Aming telah memberikan ucapan yang cukup menginspirasikan terutamanya kepada para pelajar yang bercita-cita menjadi pembuat konten sepertinya.
“Kepada anak-anak muda di luar sana yang ingin menjadi ‘content creator’ (pembuat kandungan) teruskan pembelajaran kerana membuat kandungan media sosial bukan sekadar untuk viral.
“Untuk menjadi relevan dalam industri awak memerlukan banyak pengetahuan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan adab,”ujarnya.
Walaupun kelihatan agak sebak ketika mengatakan bahawa dia sangat berharap allahyarham bapanya melihat dia berdiri di atas pentas atas kejayaan ini, namun Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 31 tetap berasa puas apabila hasil kerja kerasnya selama 8 tahun mendapat penghargaan.
Difahamkan, pada hari terakhir sebelum undian ditutup, influencer yang terkenal dengan jenama Sambal Nyet itu telah meraih 1.3 juta undian sekali gus mendahului finalis bagi kategori People’s Choice: Creator Of The Year.
TikTok Award Malaysia yang julung kali diadakan telah berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur dan dipancarkan secara langsung di TV3 pada jam 9 malam 28 Ogos 2023.
Sumber: Instagram Khairul Aming, TV3
The post “Anak2 muda yang nak jadi ‘content creator’, teruskan pembelajaran” -Khairul Aming appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/ihPmBtw
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment