Beli perabot RM5,000, keluarga mengamuk dakwa dapat barang ‘display’?
Satu kekecohan berlaku apabila sebuah keluarga didakwa seolah-olah tidak berpuas hati dengan pembelian barang di sebuah kedai perabot terkenal Selayang, Selangor.
Memetik laporan Majoriti, keluarga tersebut mendakwa ditipu oleh kedai berkenaan apabila kualiti perabot yang dibeli dengan harga RM5,000 tidak memuaskan hati ketika dihantar ke rumah.
Perkara tersebut mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang hampir mencederakan salah seorang pekerja kedai berkenaan apabila mendakwa perabot diterima merupakan barangan paparan (display).
Walau bagaimanapun, situasi tegang itu dikatakan berpunca akibat kecuaian pembeli yang tidak menyatakan pesanan barangan baharu kepada penjual ketika membuat bayaran.
Pada masa sama, seorang wanita bertindak menengking dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada beberapa pekerja yang merakam kejadian tersebut.
Video berdurasi 18 saat itu berakhir tanpa sebarang kecederaan sekali gus telah menarik perhatian warganet dimana ada yang berkongsi pengalaman ditipu di premis sama.
“Saya pernah juga kena tipu dengan kedai perabot yang sama, masa beli dah buat pesanan tapi bila barang sampai lain yang diterima, ada kesan koyak dan lusuh macam bukan barang baharu,” dakwa Natasya Hanim.
“Kena minta balik bayaran ganti rugi, kalau tab boleh buat laporan polis, taktik niaga macam ini tak boleh dibiarkan, ramai lagi akan tertipu,” kata Muizzudin.
Sumber: Majoriti (Rizal Zainal)
The post Beli perabot RM5,000, keluarga mengamuk dakwa dapat barang ‘display’? appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/tV6K78H
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment