Bukan pasal parti politik! Syahmi Sazli perjelas luahan isteri – “Takkan sentuh masalah air pun salah?”
Pengarah dan YouTuber popular, Syahmi Sazli tampil menjelaskan berhubung tindakan isterinya Anissa Faizul yang meluahkan tentang masalah air di Kelantan walaupun sudah lebih 30 tahun ditadbir oleh kerajaan negeri.
Menurut Syahmi, ramai tersalah anggap mengenai tindakan tersebut apatah lagi perniagaan air balangnya dilihat lancar beroperasi seperti biasa.
Bukan pasal kerajaan negeri atau parti politik!
“Sebenarnya Nissa kongsi posting masalah seorang kakak ni yang meluah dalam grup Facebook Pasir Mas. Dia kata mengalami masalah air selama enam bulan, dia berniaga tak silap.
“Jadi Nissa kongsi benda tu dan tulis la kapsyen sikit. Tapi Nissa tak kata nak kena tukar kerajaan negeri atau pasal parti (politik) ke. Ini pasal masalah rakyat… Nissa kongsi benda tu je,” katanya.
@syahmisazlinew Isu hangat harini..
Pengarah berusia 28 tahun itu menjelaskan perkara berkenaan menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, @syahmisazlinew pada awal pagi Sabtu.
Syahmi berkata, bagaimanapun dia mengakui masalah air itu wujud bagi segelintir penduduk di Kelantan selain menyifatkan ia bukan menjadi perkara salah sekiranya meluahkan tentang keperluan asas rakyat.
“Tapi nak sentuh masalah ni memang ada, walaupun segelintir. Takkan nak sentuh masalah itu pun menjadi satu kesalahan? Kalau salah, takde perubahan la.
“Tapi bagi saya, tak kisah siapa nak memerintah asalkan benda asas untuk rakyat perlu dipenuhi atau diselesaikan,” ujar pengarah filem Mael Totey: The Movie itu.
Sementara itu, Syahmi turut memohon maaf kepada pengikutnya jika terasa hati berhubung tindakan isterinya yang berkongsi mengenai isu terbabit.
“Tapi mungkin disebabkan nak jaga hati beberapa orang, kita nak abaikan isu ni tak boleh juga kan. Jadi macam tu lah, sesiapa pun yang kata tak ada masalah, asalkan benda asas wajib diselesaikan,” jelasnya.
Terdahulu, Anissa mengulas isu masalah air berdasarkan perkongsian daripada seorang pengguna Facebook bernama Nur Idayu Supian.
“Lebih 30 tahun dah duduk jaga (kerajaan negeri memerintah). Benda asas pun tidak boleh nak selesai.
“Dengan air la nak ambil wuduk, solat di rumah. Mandi lepas balik kerja untuk pergi masjid nak solat berjemaah.
“Kata lebih-lebih kang, cakap tak sayang pada agama. Benda asas untuk jumpa (menghadap) Sang Pencipta pun tak selesai,” ulasnya pada petang Jumaat.
Difahamkan, perkongsian Nur Idayu itu memaparkan dia mengalami masalah ketiadaan air di rumahnya di Pasir Mas sejak enam bulan lalu sekali gus sukar bagi menjalani kehidupan harian kerana terpaksa mengangkut sumber air dari masjid.
Sumber: TikTok @syahmisazlinew
The post Bukan pasal parti politik! Syahmi Sazli perjelas luahan isteri – “Takkan sentuh masalah air pun salah?” appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/apJDwzc
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment