Dakwa bunyi bisikan! Bapa saudara campak budak, hempas bayi sehingga cedera
Seorang bapa saudara dipercayai bertindak kejam dengan mencampak dua orang anak saudara perempuannya yang masing-masing berusia tiga tahun dan bayi berusia 40 hari di sebuah pangsapuri di Sungai Pinang, Georgetown petang semalam.
Kredit foto: MalaysiaGazette
Menurut laporan Harian Metro, suspek berusia 29 tahun itu sempat mengelar pergelangan tangan kanan miliknya sebelum mencederakan kanak-kanak tersebut yang parah di bahagian mulut dan patah kaki kiri manakala adiknya yang dihempas ke lantai mengalami pendarahan otak.
Salah seorang ahli keluarga tampil mengatakan dia terdengar ibunya, iaitu nenek kepada mangsa menjerit meminta bantuan sebelum menemukan suspek berada dalam keadaan tanpa seurat benang di badan serta berlumuran darah pada jam 3.40 petang.
Kredit foto: MalaysiaGazette
Lelaki berusia 31 tahun itu berkata, insiden berkenaan berlaku sekelip mata dan dia sempat mendapatkan bantuan jiran bagi menenangkan suspek sementara ahli keluarga lain menghantar mangsa yang cedera parah ke hospital.
Dalam masa sama, dia meminta orang ramai menghormati dan menjaga privasi keluarga mereka dengan tidak menularkan kejadian tersebut selain mendedahkan suspek mempunyai masalah kesihatan sejak Jun tahun ini dan sedang menerima rawatan secara tradisional.
Kredit foto: MalaysiaGazette
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi Harian Metro.
Meninjau di ruangan komen, segelintir netizen menzahirkan rasa dukacita dan simpati berhubung kejadian terbabit serta mendoakan kesembuhan untuk kanak-kanak kecil dan suspek berkenaan.
Semoga urusan ahli keluarga dipermudahkan
Semoga kedua-kedua kanak selamat
Difahamkan, suspek memberitahu abangnya bahawa dia terdengar ‘bisikan halus’ dan bertindak mengambil langkah agresif terhadap mangsa yang dijaga oleh neneknya susulan tempoh berpantang ibu mereka.
Sumber:Harian Metro (Zuhainy Zulkiffli)
The post Dakwa bunyi bisikan! Bapa saudara campak budak, hempas bayi sehingga cedera appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/qXFyZNT
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment