Dr Say Shazril tak tolak poligami, usah normalisasikan konten buat ramai ‘triggered’
Doktor selebriti dan pempengaruh media sosial, Dr Say Shazril mengakui dirinya turut terkesan dengan ayat yang dilemparkan oleh seorang ‘influencer’ Abang Tesla baru-baru ini berhubung video memujuk isteri pertama ketika solat Subuh untuk berpoligami.
Sempitnya fikiran
Dr Say dalam hantaran di media sosial berkata, dirinya terpanggil untuk memberi pandangan mengenai isu tersebut, lebih-lebih lagi ia melibatan perasaan ramai wanita terutama para isteri.
Beliau berkata, konten berkenaan adalah tidak sepatutnya dikongsi di media sosial sekalipun mempunyai pendirian untuk menunjukkan ia adalah cara sebenar memberitahu isteri pertama mengenai ‘poligami’.
“Saya mewakili persatuan wanita-wanita dan isteri-isteri tersakiti, terpanggil dengan kisah abang Tesla. Bila dikontenkan dirinya selesai solat dan kahwin isteri kedua tiga jam selepas itu, apa yang bermain dalam pemikirannya eh?
“Kalau betullah niatnya nak tunjuk kat suami di luar sana, aku melakukan langkah yang betul, yakni memberitahu isteri pertamaku yang “aku nak kahwin lagi berbanding suami-suami poligami belakang isteri”. Well, fikirannya sempit, tersepit di situ,”luahnya.
Tak pernah fikir ke berkat hidup bersama isteri pertama
Tambah Dr Say, dia mempersoalkan sama ada influencer berkenaan fikir mengenai perasaan isteri pertama, selain bebal dengan kenyataan “isteri pertama untuk dihargai, dan isteri kedua untuk dicintai”.
Katanya, influencer berkenaan seharusnya sedar akan kesan apabila berkongsi di media sosial, lebih-lebih lagi kehebatan netizen dalam menyelongkar video lamanya bersama isteri pertama sebelum ini.
“Bila netizen korek video lamanya, belanja isteri pertama kereta Mini, melancong sana sini, dating acap kali, kemudiannya paap berpoligami. Lagilah silap mencapap di situ.
“Tambahan ayat bebal “isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai”. Kalau dapat kat orang kampung nogori den direply mereka “apo pundeknya ayat ekau jang?”. Ibarat habis madu sepah dibuang isteri pertama tu eh?
“Tak pernah ke berfikir sejenak yang apa sahaja yang kamu miliki sekarang termasuk Tesla, itu adalah berkat isteri pertama? Lepas tu minta maaf pada para suami sebab buat isteri-isteri triggered,”luahnya lagi.
Tak tolak poligami tapi jangan dijadikan konten
Mengulas lanjut, bapa kepada dua orang cahaya mata itu berharap agar konten ‘poligami’ seperti itu tidak dijadikan sebagai tabiat yang jelas lagi nyata ia adalah salah.
Katanya, adalah lebih baik sekiranya memaklumkan kepada ahli keluarga, kenalan rapat dan dan jiran tetangga tanpa membuat satu Malaysia kecoh.
“Buat konten berpada-padalah. Kalau nak terkenal, tahniah memang satu Malaysia kenal dah. Cuma, adakah kamu popular dengan alasan yang benar?
“Saya tak tolak poligami sebab Islam tidak melarang mahupun mewajibkan poligami cuma pabila poligami dikontenkan sebegitu dengan harapan untuk menormalisasikan poligami, pada saya ia adalah salah.
“Benda boleh buat diam-diam, kenapa nak kecoh? Cukuplah family members, kenalan rapat, neighbourhood tahu, kenapa nak kecoh satu Malaysia? Walaupun daku tidak mengenalimu tapi dari short pengenalanku terhadapmu, kamu tewas dengan “kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya”
Di akhir kata, Dr Say meninggalkan pesanan agar melakukan konten yang berfaedah dan memikirkan akan kesan dan akibat yang bakal diterima.
“Next time buat konten, otak letak kat kepala, bukan kat Tesla. Sekian dari Abang Jaguar,”katanya.
Sumber: FB Say Shazril Shaharuddin
The post Dr Say Shazril tak tolak poligami, usah normalisasikan konten buat ramai ‘triggered’ appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/c1hm9fI
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment