Ekonomi MADANI cadang meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam alam pekerjaan
Ekonomi MADANI bukanlah gagasan ekonomi pertama Malaysia yang melontarkan hasrat untuk meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita.
Ia mencadangkan untuk menaikkan kadar penyertaan wanita dalam alam pekerjaan melalui proses perundangan dan insentif kepada majikan.
Kadar penyertaan wanita dalam pekerjaan rendah dan tidak meningkat
Menerusi temubual bersama ahli ekonomi Dr Nungsari Ahmad Radhi, kadar penyertaan wanita dalam pekerjaan tidak menurun malah sebaliknya rendah dan tidak meningkat sama sekali.
Jika dilihat di sekolah, kanak-kanak perempuan lebih tinggi jumlahnya berbanding kanak-kanak lelaki dan penyertaan pencapaian wanita di IPT juga jauh lebih tinggi daripada lelaki.
Wanita tidak kembali bekerja selepas mempunyai anak
Namun, kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh adalah rendah dan ianya semakin menurun apabila mereka mempunyai anak dan tidak meningkat kembali.
Sikap dan norma masyarakat menjadi punca
Hal ini terjadi disebabkan sikap dan norma masyarakat yang mengutamakan peranan wanita sebagai ibu dan nilai pasaran wanita sebagai membesarkan anak tidak diambil kira.
“Sokongan terhadap wanita bekerja yang mempunyai anak di tempat kerja adalah sangat berkurangan.
“Sikap majikan terhadap ibu yang melahirkan anak dan kemudian membesar anak itu juga tidak disokong malah mendiskriminasikan,” katanya.
Dr Nungsari berkata, ibu yang bekerja perlu disokong untuk terus kekal bekerja melalui penjagaan anak semasa bekerja.
Undang-undang dan dasar perlu lindungi ibu bekerjaya
Undang-undang dan dasar perlulah tidak mendiskriminasikan ibu yang bekerja jika melahirkan dan membesarkan anak adalah satu kegiatan yang mempunyai nilai ekonomi.
Tambah beliau, segala reformasi institusi serta ekonomi ini bukan suatu yang mudah dan akan ditentang oleh mereka yang mempunyai kepentingan untuk mengekalkan status quo.
Malah, ini juga akan ditentang oleh mereka yang hanya menentang semata-mata tanpa mempunyai cadangan yang lebih baik.
“Namun, apa jua keputusan dasar akan ada harganya – ada ruginya, ada untungnya. Tidak ada keputusan dasar yang tidak ada untung-ruginya,” ujarnya.
The post Ekonomi MADANI cadang meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam alam pekerjaan appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/ovNfJGj
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment