Header Ads

‘Followers’ hilang sebab Ira Kazar? Aliff Syukri tak buta!- “Apa salah saya?”

Sejak kebelakangan ini, nama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi bualan panas warganet apabila dia dilihat menggunakan isteri Syamsul Yusof, Ira Kazar sebagai model tudung dan produk keluaran syarikatnya.

Mana tidaknya, masih ramai tidak boleh menerima kenyataan atas apa yang telah dilakukan oleh Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin terhadap rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana.

Disebabkan menggunakan Ira Kazar bagi mempromosikan produk keluaran syarikatnya, bilangan pengikut laman Instagram usahawan berusia 36 tahun kian merosot dan difahamkan mereka enggan menyokong syarikat yang menggunakan ‘pemusnah’ kebahagiaan rumah tangga orang.

Aliff Syukri tak sokong mana-mana pihak

Sedar dirinya menerima banyak kecaman sehingga ramai bertindak memboikot perniagaannya, Aliff tampil memberi penjelasan mengenai alasannya memilih Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi sebagai model tudung baharu keluaran jenama miliknya, As Hijab.

Aliff berkata, dirinya tidak menyokong mana-mana pihak dan tidak mahu ikut campur urusan peribadi orang lain.

“Saya tak sokong mana-mana. Saya tak sokong Ira, dan saya tak sokong Puteri Sarah. Apa salah saya sebenarnya saya tak nak masuk campur hal peribadi orang lain. Bagi saya, saya doakan yang terbaik untuk mereka.”jelas Aliff Syukri.

Saya hanya fokus bisnes

Jelasnya lagi, dirinya pernah mengambil Puteri Sarah sebagai model tudung keluaran jenamanya sebelum ini, selain menegaskan bersikap profesional dalam urusan bisnes.

“Bagi saya, siapalah kita untuk menilai seseorang. Kita sendiri tak tahu nasib kita di penghujung hari.
Dan kalau korang nak tahu, saya juga pernah ambil Puteri Sarah menggayakan tudung saya. Saya hanya fokus untuk bisnes saya sahaja .
Apapun bagi saya Puteri Sarah juga ada kecantikannya, aura tersendiri sebab tu AS Hijab pernah bekerjasama dengan beliau dan Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Ramai yangsuka tudung sarung dia pakai,”kata Aliff.

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

The post ‘Followers’ hilang sebab Ira Kazar? Aliff Syukri tak buta!- “Apa salah saya?” appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/FKhuVT7
sumber : ohmymedia.cc

No comments