Header Ads

Hampir tak bernafas tengok cat merah! Penyewa baru jadi mangsa Ah Long, siap dapat amaran

Seorang wanita terkejut apabila rumah sewa yang baru sahaja didiaminya bersama beberapa rakan disimbah dengan cat merah yang disyaki dibuat oleh pengutip hutang atau lebih sinonim dipanggil Ah Long.

Rumah disimbah cat, dapat Ah Long hantar surat ugutan

Menerusi hantaran Facebook dibuat, wanita dikenali Rozanah Maikon menyatakan mereka baru sahaja berpindah di Villa Impiana, Taman Pelangi Semenyih, Selangor pada bulan Mei lalu.

Dan, ia adalah pengalaman kali pertama berlaku sehingga boleh menyebabkan nafas tercungap-cungap dan cemas apabila melihat pagar rumah dikunci, disimbah cat merah serta turut diletakkan surat ugutan.

“Kejadian ni baru pertama kali kami alami. Hampir tidak bernafas dibuatnya. Kami baru berpindah di Villa Impiana Taman Pelangi Semenyih ni bulan Mei lalu.
“Rumah kami disimbah cat minyak, pagar dikunci dan surat ugutan diletakkan seperti saya lampirkan,”tulisnya.

Orang lain berhutang, orang lain kena tempias!

Rozanah Maikon berkata, mereka terpaksa menerima tempias daripada penyewa lama yang dikatakan telah berhutang dengan Ah Long seperti mana maklumat yang dinyatakan dalam surat ugutan diterima.

Dalam surat ugutan tersebut, Ah Long mengugut dan mengatakan mereka bakal membakar rumah berkenaan sekiranya masih enggan melunaskan segala hutang.

Disebabkan itu, Rozanah Maikon terpaksa memanggil pihak berkuasa dan membuat laporan yang sepatutnya bagi melindungi diri dan semua penghuni rumah.

Dia juga berharap agar Ah Long terlibat mencari penghutang sebenar kerana ia telah menyebabkan mereka semua hidup dalam ketakutan selain berharap agar individu dinyatakan tampil menyelesaikan masalah yang telah timbul.

“Kepada Ah Long yang simbah dan ada masalah dengan penghutang seperti nama di atas, saya ingin maklumkan kamu tersalah orang sebab orang yang kamu cari itu adalah penyewa lama rumah ini. Kami cuma penyewa baru dan tiada kena mengena dengan orang yang kamu cari.
“Kenapa kami jadi mangsa sehingga kami hidup dalam ketakutan? Kepada yang mengenali penama tersebut, tolong selesaikan masalah kamu, jangan libatkan nyawa orang lain yang tidak bersalah.
“Kami ni perantau mencari rezeki di tempat orang, kami tidak sanggup hidup dalam ketakutan, walhal bukan salah kami,”tegasnya.

Sumber: FB Rozanah Maikon via Kami penduduk semenyih

The post Hampir tak bernafas tengok cat merah! Penyewa baru jadi mangsa Ah Long, siap dapat amaran appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/8a5t3hm
sumber : ohmymedia.cc

No comments