“Jangan sangka kita cukup popular di kalangan rakyat sehingga perlekeh sesiapa” – Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua ahli serta pemimpin politik agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan mengelakkan amalan mencaci yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat.
Menurut laporan Malaysiakini, baginda turut menjelaskan tindakan kelompok masyarakat tersebut yang mengeluarkan kata-kata kesat serta menyentuh institusi raja ketika berkempen disifatkan sebagai sikap biadab dan terhakisnya rasa hormat terhadap institusi tersebut.
Sindiran text Sultan Selangor tepat kena atas kepala dan ciri-ciri yang ada pada Sanusi. pic.twitter.com/av3XVUK37V
— Zac (@ZacZakirin13) August 21, 2023
Baginda bertitah, fokus utama perlu diberikan kepada usaha memajukan kehidupan rakyat serta negara dan perilaku kurang sopan tersebut harus dihentikan oleh semua pihak.
“Sikap biadab mereka ini telah melangkaui batas-batas dan nilai keperibadian orang Islam dan Melayu yang sering dipelihara.
“Ingatlah – jangan kerana kita menyangka bahawa kita cukup popular di kalangan rakyat sehingga bertindak memperlekehkan sesiapa yang tidak sehaluan dengan fahaman politik masing-masing, malah sanggup pula hadir ke negeri Selangor dengan melemparkan cacian melampaui batas.
“Kemana hilangnya budi bahasa? Ini bukan budaya kita khususnya orang Melayu untuk menghina sesiapa pun khususnya di khalayak ramai,” titah baginda.
Foto: Bernama
Sultan Sharafuddin turut sempat menitipkan sebuah pesanan kepada ahli-ahli politik yang berkunjung ke negeri orang supaya menjaga perilaku dan tatasusila masing-masing sebagai seorang berbangsa Melayu.
“Perliharalah adat adab dan susila kita apatah lagi apabila kita bertandang ke negeri atau rumah orang,” titah baginda.
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencetuskan kontroversi selepas mendakwa sultan yang “hebat” tidak akan melantik individu seperti Amirudin Shaari sebagai menteri besar negeri.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah tersebut telah menghina tubuh badan Menteri Besar Selangor itu sebagai individu tak cukup inci dan menganggapnya sebagai “cokia”.
Susulan kenyataan itu, Ahli-Ahli Dewan Diraja Selangor membuat satu laporan polis terhadap Sanusi yang dianggap menghina dan mempertikaikan kewibawaan Sultan Selangor dalam memilih menteri besar.
Sumber: Malaysiakini, X @ZacZakirin13
The post “Jangan sangka kita cukup popular di kalangan rakyat sehingga perlekeh sesiapa” – Sultan Selangor appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/jqDx75S
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment