Jenazah ‘rider’ selamat dikebumi, rupa-rupanya kerja siang malam bantu tanggung kos adik kahwin
Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan. Niat ‘rider’ ingin memudahkan urusan membina masjid buat adik perempuannya tidak kesampaian apabila terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam.
Syukur urusan arwah dipermudahkan
Menurut laporan dari Harian Metro, adik arwah, Noorhidayah Muhammad Salleh, dia bersyukur apabila segala urusan membawa pulang jenazah abangnya itu dipermudahkan dengan bantuan pelbagai pihak.
“Saya tak tahu apa kebaikan abang saya sehingga Allah permudahkan segala-galanya untuk dia kembali kepada Allah,” katanya.
Mulianya hati seorang abang…
Semasa hidup, arwah pernah meluahkan hasrat untuk mencari wang bagi membantu membiayai kos perkahwinan adik perempuannya.
Sebagai anak sulung dari 5 beradik, arwah sanggup bekerja siang dan malam bagi mengumpul wang biaya perbelanjaan tersebut.
Difahamkan, majlis kahwin adiknya dijadualkan berlangsung pada 26 Ogos ini di Taman Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah.
‘Abang ada maklum nak balik awal…’
Menurut Noorhidayah, pada hari kejadian, abangnya itu memaklumkan yang dia akan pulang awal ke rumah.
Namun siapa sangka, ‘rumah hakiki’ yang menjemputnya dahulu.
“Abang kata dia memang nak balik awal, hari ini dia memang balik awal,” ujarnya.
Sekadar info, Muhammad Hafiz, 32 tahun merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat ringan kelmarin dan dikebumikan di perkuburan Islam Masjid Al Huda Kampung Jerong, Sungai Petani, Kedah.
Sumber: Harian Metro Noorazura Abdul Rahman, Berita Harian Hafidzul Hilmi Mohd Noor
The post Jenazah ‘rider’ selamat dikebumi, rupa-rupanya kerja siang malam bantu tanggung kos adik kahwin appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/2rACUkT
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment