Header Ads

Jodoh di tempat kerja, wanita pilih warga Bangladesh sebagai suami – “Dia penyayang”

Hubungan percintaan antara penyelia dan pekerja membuatkan Nur Nadhirah Roslee memilih lelaki warga Bangladesh, Mohammad Samim Hossain sebagai teman hidupnya.

Menurut laporan Harian Metro, pasangan tersebut telah selamat diijabkabulkan pada 29 Mei lalu di kampung halaman Mohammad Samim yang terletak di Joypurhat, Bangladesh.

@nurnadhirah66

Trip to Bangladesh day 3🇧🇩 #mixmarriage #bangladesh #travelbangladesh

♬ original sound – Nur Nadhirah – Nur Nadhirah

Wanita berusia 26 tahun itu turut berkongsikan kisah perkenalan dia dan suami di tempat kerja sama iaitu sebuah kilang yang berada di Meru, Klang sekitar empat tahun yang lalu.

Tambahnya, keserasian dan perasaan kasih sayang antara mereka yang bermula sebagai rakan membuatkan dirinya yakin untuk meneruskan hubungan tersebut ke peringkat yang lebih serius.

“Entah macam mana, kami boleh berkawan dan bila sudah kenal, baru saya tahu suami rupanya baik dan juga penyayang orangnya.
“Bertitik-tolak daripada situ, kami jadi semakin rapat hingga menjalin hubungan cinta,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Di awal perkenalan, Nadhirah terpaksa menjalinkan percintaan dia dan Mohammad Samim secara Mohammadsenyap-senyap tanpa pengetahuan dari ahli keluarga selama satu tahun kerana belum bersedia.

Bagaimanapun, wanita itu memberitahu hal sebenar kepada ibu dan bapanya untuk mendapatkan restu selepas rahsia yang disimpan terbongkar diketahui kakak yang dikatakan bekerja di kilang berkenaan juga.

“Saya sembunyikan hubungan dengan suami daripada pengetahuan keluarga ketika tahun pertama perkenalan kerana bimbang penerimaan mereka jika dapat tahu mengenainya.
“Akhirnya ‘kantoi’ juga kerana kakak bekerja di tempat sama dan dapat tahu saya bercinta dengan suami.
“Jadi, lebih baik saya berterus terang dengan keluarga dan ayah okay cuma emak susah nak terima pada awalnya tetapi akur juga dengan pilihan saya menjelang pernikahan,” jelasnya.

Mengikut perancangan, Nadhirah sebenarnya berhasrat untuk dinikahkan di Malaysia namun ditukar ke Bangladesh kerana masalah permit kerja suaminya.

Dia yang ditemani oleh ibu, ayah dan adik perempuannya ke sana selama seminggu untuk melangsungkan perkahwinan, turut melafazkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar.

“Walaupun berbeza latar belakang dan budaya, tiada masalah komunikasi antara kami kerana bapa mentua dan abang ipar saya boleh bertutur dalam bahasa Melayu memandangkan pernah bekerja di Malaysia.
“Perbualan dengan suami dan ahli keluarganya yang lain pula dalam bahasa Inggeris,” ujarnya.
@nurnadhirah66

Wedding👰🏻‍♀️

Nadhirah juga menjawab persoalan berkaitan jodoh dilontarkan segelintir orang selain meluahkan rasa lega kerana ramai yang turut mendoakan dan memberikan reaksi positif terhadap hubungannya.

Ada juga segelintir yang persoalkan kenapa saya tak kahwin dengan lelaki Melayu dan menyangka suami saya orang Melayu dari utara tanah air kerana wajahnya.
“Sebenarnya, bukan saya tak pernah bercinta dengan lelaki Melayu sebelum berkahwin cuma mungkin sudah tertulis jodoh saya dengan suami jadi nak buat macam mana melainkan terima ketentuan itu.
“Jujurnya saya sendiri tak menyangka akan berkahwin dengan warga asing kerana tidak dari keluarga saya begitu,” katanya.

Dia juga mendedahkan bahawa dia yang berada di Malaysia, sedang dalam Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) dengan suami yang berada di Bangladesh selama enam bulan.

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam), TikTok & Instagram Nur Nadhirah

The post Jodoh di tempat kerja, wanita pilih warga Bangladesh sebagai suami – “Dia penyayang” appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/CfEwF92
sumber : ohmymedia.cc

No comments