Header Ads

Kontroversi isteri, Ungku Ismail kongsi pesanan – “Untukmu yang jadi korban penggosip”

Nama pelakon Nad Zainal menjadi buah mulut dalam kalangan netizen apabila didakwa kononnya bermasam muka dengan beberapa rakan artis sebelum ini.

Susulan itu, suami Nad iaitu aktor Ungku Ismail ada berkongsi catatan kecil berbentuk nasihat dipercayai ditujukan buat isterinya yang dilanda kontroversi menerusi Instagram Story miliknya semalam.

Tindakannya itu seolah-olah memberi kata-kata semangat kepada individu yang menjadi mangsa penggosip namun tidak memetik nama sebarang individu termasuk isterinya sendiri.

“Catatan kecil untukmu yang menjadi korban para penggosip.
“Orang yang dibelakangmu suka membicarakan aib dan kekuranganmu, mencari-cari kesalahan atau kadang-kadang memfitnahmu, mungkin dia akan membahayakan duniamu.
“Tapi yang jelas ia sangat bermanfaat buat akhiratmu kerana memindahkan pahalanya, jadi abai dan biarkan sahaja dia meneruskannya.
“Berbaloi kan, dapat memindahkan pahala percuma tanpa ibadah?” tulis catatan tersebut.

Hantaran tersebut dimuat naik semula daripada sebuah akaun @an.nashiihah yang banyak berkongsikan ilmu agama syariat Islam serta nasihat berguna di media sosial.

Sebelum ini, pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia memilih untuk tidak fokus kepada sesiapa yang hiland dari ‘radar’ sekaligus menyinggung perasaan rakan baiknya.

Tidak lama selepas itu, rakan artis seperti Nabila Huda dan Sharifah Sakinah turut membuat kenyataan berhubung isu yang dipercayai bermasam muka dengan pelakon drama Cina Buta.

Sumber: Instagram Ungku Ismail

The post Kontroversi isteri, Ungku Ismail kongsi pesanan – “Untukmu yang jadi korban penggosip” appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/F7Oj6Ih
sumber : ohmymedia.cc

No comments