LG Malaysia lancar Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri, LG PuriCare™
Syarikat elektronik LG Malaysia melancarkan satu lagi produk terbaharu iaitu Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet yang telah membawa dunia teknologi penulenan air ke peringkat seterusnya.
Pengarah Urusan LG Malaysia, Justin Choi berkata, keluaran terbaru ini bukan sahaja memberi faedah kepada kesihatan keluarga malah membantu menaikkan lagi nilai estetika ruang kediaman.
“Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet melambangkan komitmen LG untuk mentakrif semula keperluan harian.
“Kami telah menggabungkan teknologi penulenan air canggih dengan reka bentuk menawan untuk menghasilkan produk yang dapat melengkapkan keperluan setiap isi rumah.
“Penulen Air Tanpa Tangki terbaharu ini memainkan peranan yang penting dalam ruang kediaman moden di mana ia bukan sahaja memanfaatkan kesihatan keluarga, ia turut mengindahkan ruang kediaman,” katanya pada majlis pelancaran di ibu negara pada Selasa.
Bukan itu sahaja, produk ini juga mempunyai reka bentuk menawan serta pilihan lima warna menarik antaranya Calming Cream White, Calming Beige, Calming Pebble Grey, Calming Pink serta Calming Cream Sky yang pastinya menjadikan persekitaran rumah lebih istimewa dan unik.
Produk revolusioner ini mempunyai Sistem Penapis Puri 4-Peringkat yang membantu menyingkirkan sembilan jenis logam berat, 99.99% norovirus dan bahan pencemar berbahaya untuk menghasilkan air bersih bebas daripada pertumbuhan mikroorganisma serta dilengkapi fungsi pensterilan automatik membolehkan pelanggan menikmati air bersih tanpa gangguan.
LG Malaysia juga telah mengambil langkah untuk mempertingkatkan kemudahan yang membolehkan pengguna membuat kawalan dengan satu sentuhan menerusi aplikasi mudah alih LG ThinQ.
Pada masa sama, setiap pembelian Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet ini akan mendapat kemudahan ekslusif yang hanya ditawarkan oleh pihak LG iaitu Langganan Penapis Layan Diri.
Langganan tersebut didatangkan dengan penapis baru setiap enam bulan yang akan dihantarkan terus ke pintu rumah anda supaya penukaran penapis dapat dilakukan sendiri dengan mudah dan cepat tanpa perlu menunggu juruteknik professional LG.
Antara bentuk dan fungsi lain membantu meningkatkan lagi pengalaman pengguna termasuk panel sentuh mesra pengguna untuk pelarasan suhu air tepat serta tetapan isipadu air bagi memenuhi keperluan memasak dan tap bergerak automatik mengikut ketinggian cawan.
Dalam pada itu, penulen air tanpa tangki layan diri ini dapat mengurangkan sisa plastik serta merupakan pilihan terbaik bagi melengkapkan gaya hidup hijau untuk pengguna yang mementingkan alam sekitar.
Oleh sebab komitmen LG terhadap kelestarian alam sekitar serta inovasi dan kualiti, syarikat tersebut telah menerima dua anugerah 2022 Energy Winner Award dan 2022 GOOD DESIGN Award.
LG kini menawarkan promosi eksklusif bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober di mana pelanggan akan menerima satu Penutup Hadapan secara percuma dengan pemasangan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri PuriCare | Koleksi Objet.
Untuk maklumat lanjut tentang LG dan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet, sila layari laman web rasmi LG atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di untuk kemas kini, berita dan promosi terkini.
The post LG Malaysia lancar Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri, LG PuriCare™ appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/3rouEC2
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment