Header Ads

“Memang saya mulut jahat”- Azwan Ali minta jangan hantar sihir, sakit seperti badan dibakar

Pengacara  sensasi, Azwan Ali atau popular dengan gelaran Diva AA meminta agar individu berkenaan tidak menghantar sihir kepada dirinya meskipun akui mulutnya seperti tidak mempunyai insurans apabila berbicara.

Azwan Ali kena sihir lagi selepas setahun pulih?

Memetik laporan Harian Metro, pengacara berusia 57 tahun itu menceritakan kali terakhir ‘benda’ itu menyerang dirinya adalah pada awal pagi Rabu sehingga tidak dapat berjalan dan badan pula rasa seperti dibakar.

Cerita Azwan yang juga adik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dirinya baru sahaja pulih selepas setahun berubat dengan pengamal perubatan Islam.

Katanya lagi, ‘serangan’ sihir itu bermula semula sejak minggu lalu dan mengganggu aktiviti hariannya.

“Saya cakap terus terang, saya adalah orang yang tak berahsia dan jujur. 
“Malam semalam (Rabu), jam 2 pagi, demi Allah saya cakap, saya mengaku bahawa saya ‘diserang’. Mungkin mereka tak mahu saya muncul di acara hari ini (Khamis). Tapi, kebesaran Allah mengizinkan saya di sini.
“Ia bukanlah sisa-sisa rasa sakit atau apa, tetapi ‘serangan’ yang berulang. Dah setahun saya berubat dan saya okay sahaja. Tapi, sejak minggu lalu, saya ‘diserang’ semula. 
“Saya rasa pelik sangat sebab saya tak dapat berjalan dan rasa badan saya seperti dibakar. Orang akan cakap, sikit-sikit, nak kaitkan dengan sihir. Orang bercakap begitu kerana mereka tak kena sendiri. 
“Saya berusaha berubat sebelum bertolak dari Semenyih tadi. Saya hampir beritahu penganjur bahawa saya tak dapat hadir,”ceritanya.

Sumber: Harian Metro

Sedar mulut jahat, tapi tak perlu sampai sihir!

Dalam pada itu, pemilik nama Mohamed Azwan Haji Ali mengakui mulutnya agak lancang, namun ia tidak bermaksud pihak berkenaan menggunakan ilmu hitam sehingga membuatkan dirinya menderita.

Azwan berkata, disebabkan itu berikhtiar dan  berubat dengan seorang ustaz (nama tidak disebut) sambil menitiskan air mata, selain bersyukur dan sebak kerana doa para pengikut sentiasa membuatkan dirinya masih kuat.

“Sejujurnya, ada tempat yang saya berubat. Ada seorang ustaz yang ubatkan saya dan dia tak sebut nama sesiapa. Kepada pengikut-pengikut saya, saya rasa sangat sebak sebab saya masih hidup. 
“Sebenarnya, saya sakit. Sakit, kalau ditanya memang sakitlah. Tergamaklah. Kenapa mesti marah sangat dengan saya? Memang saya mulut jahat. Saya akui. Tapi, tak payah sihir kot sebab terlalu sakit.
“Saya bangun pagi tadi, makan ubat, berikhtiar, dan saya kuat. Ditambah dengan doa-doa daripada pengikut saya. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan saya,” katanya. 

Azwan Ali tak sebut pelaku itu adalah Rozita Che Wan

Diminta mengulas mengenai isu panas membabitkan namanya dan pelakon, Rozita Che Wan yang tular baru-baru ini, Azwan berkata dia tidak menyebut nama sesiapa pun dalam hantaran di media sosial, berkaitan dakwaan dirinya disihir.

“Saya tak peduli, dia muat naik apa pun. Tapi, adakah saya tulis nama dia? Tolong diam! Saya tak buat apa-apa pertuduhan secara langsung,”.
“Sebenarnya, saya tak sebut nama sesiapa. Saya adalah peguam dan bila kita tak sebut nama sesiapa, pusing ke mana pun, kita akan selamat. 
“Dari segi undang-undang, tak ada kes. Lainlah kalau sebut nama begini, begini, jadi, memang boleh saman. Tapi, saya tak sebut sebarang nama yang sihirkan saya. 
“Kerana apa yang sedang tular sekarang, mestilah pihak sana melenting. Aku sebut nama kau ke, ‘bedah’? Siapa makan cili, dia terasa pedas,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Azwan membintangi sebuah video muzik single terbaharu berjudul Faham Tak, yang dinyanyikan oleh penyanyi, Alyssa Dezek.

Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri)

The post “Memang saya mulut jahat”- Azwan Ali minta jangan hantar sihir, sakit seperti badan dibakar appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/TZ9gHaD
sumber : ohmymedia.cc

No comments