Nahas Elmina, pemandu Grab ‘reject’ penumpang sebelum kejadian
Salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam semalam merupakan seorang pemandu e-hailing.
Pemandu dah ‘reject’ penumpang sejak pukul 2
Pemandu grab yang maut dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam semalam telah reject penumpang sejak jam 2 petang.
Setakat ini polis anggap syaki hanya satu mangsa dalam kereta itu sehingga proses pengenalan identiti dan DNA selesai.
Video : PDRM pic.twitter.com/Whqdqxysni
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) August 18, 2023
Menurut laporan Majoriti, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain percaya bahawa pemandu tersebut dalam keadaan berseorangan dan telah menolak dari mengambil penumpang sejak pukul 2 petang, berdasarkan semakan ke atas syarikat e-hailing.
“Pemandu tersebut telah reject penumpang sejak pukul 2, kita dah check dengan Grab, dia memang reject penumpang,” katanya.
Memetik laporan Harian Metro, mangsa pemandu e-hailing tersebut dikenali sebagai Sharipuddin Shaari, 53 tahun.
Perkongsian daripada ahli keluarga
95% proses operasi selesai
Setakat ini, pihak polis mengesyaki hanya satu sahaja mangsa di dalam kenderaan e-hailing tersebut namun proses pengenalan identiti dan ujian DNA masih diteruskan.
Menerusi sidang akhbar di lokasi, Razarudin berkata, operasi mencari cebisan mayat dan pembersihan bangkai pesawat di tempat kejadian telah selesai 95%.
Semua cebisan yang ditemukan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat dan seramai 22 waris hadir untuk diambil sampel DNA untuk dipadankan.
Sumber: Majoriti (Nor Idayu Bosro), Twitter @redzuanNewsMPB, Harian Metro (Samadi Ahmad) Facebook Hazwani Hamdan
The post Nahas Elmina, pemandu Grab ‘reject’ penumpang sebelum kejadian appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/KhgHmLN
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment