Header Ads

Nasib pemuda terbela, asalnya pinjam motor rakan.. tapi ada dadah dalam raga!

Malang tidak berbau, siapa sangka tindakan meminjam motosikal daripada seorang rakan untuk memudahkan pergerakan ke sesuatu tempat bertukar menjadi perkara yang tidak diingini berlaku.

Begitulah nasib seorang pemuda apabila dia telah ditahan selepas pihak berkuasa menjumpai dadah di dalam raga motosikal tersebut.

@zaharil.co

♬ original sound – AMzaharil shop – AMzaharil shop

Kisah tersebut diceritakan semula oleh seorang peguam jenayah, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya baru-baru ini.

Zaharil yang mewakili pemuda berkenaan memberitahu anak guamnya itu terlepas dari pertuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

“Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT, Nazhan terlepas dan bebas daripada pertuduhan di bawah Seksyen 39B yang bawa hukuman mandatori mati.
“Apa yang saya nak katakan, dia ini terlalu baik pinjam motor kawan, dalam raga ada dadah,” katanya.

Beliau sempat berpesan kepada orang di luar sana supaya berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan pemuda tersebut iaitu meminjam harta orang walaupun daripada rakan yang dipercayai.

“Jadi hati-hati kawan-kawan, jangan buat macam dia (pemuda). Sebab kawan nak pinjam, tak mengapa, boleh.
“Kawan berlari ke Indonesia, kamu duduk Sungai Buloh. Jadi, hati-hati,” tambah Zaharil.

Perkongsian tersebut telah mendapat reaksi positif daripada warganet yang memuji tindakan Zaharil dalam membela nasib orang teraniaya daripada pertuduhan hukuman mandatori.

Terbaik dapat menyelesaikan kesulitan manusia

Sorang lagi diselamatkan dari aniaya

Respek orang macam ni

Peguam ni ikhlas buat kerja

Terdahulu, Zaharil juga mewakili bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah pada bulan lalu daripada pertuduhan mengedar dadah di rumah sewa miliknya berdekatan Jalan Semarak, Wangsa Maju dua tahun lalu.

Isma bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhna mengedar bahan terlarang jenis kanabis seberat 374.6 gram.

Sumber: TikTok Ahmad Zaharil

The post Nasib pemuda terbela, asalnya pinjam motor rakan.. tapi ada dadah dalam raga! appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/CUGFYs5
sumber : ohmymedia.cc

No comments