Pergi memancing pun mekap, Watie akui Shuib memang suruh isteri melawa
Usahawan, Watie Hanifiah mengakui suaminya Shuib lebih suka melihat dirinya mengenakan solekan walaupun sekadar keluar untuk menikmati teh tarik.
Menurut Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, dia sering menerima komen segelintir netizen yang meminta supaya tidak memakai mekap.
Suami suruh melawa
“Nak pergi memancing je pun kan, tapi tulah nak buat macam mana kan, suami kita pula memang sejenis asal nak keluar mesti tanya… ‘Tak nak mekap sikit ke?’
“Jadi korang yang selalu cakap ‘Watie tak payah lah mekap-mekap’… tak boleh nak buat apalah kan.
“Sebab suami kita memang suka tengok kita bersiap mekap segala walaupun nak keluar pergi minum teh tarik,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram semalam.
Menerusi hantaran tersebut, wanita berusia 35 tahun itu dilihat sedang bersiap sebelum keluar memancing ketika bercuti bersama suami serta anak-anak tiri di Semporna, Sabah.
Meskipun kedengaran salah seorang anak lelakinya menangis, Watie kelihatan tenang dengan menganggap ia adalah telatah kebiasaan kanak-kanak apabila bergurau sekali gus meraih pujian pengikut.
Pada masa sama, dia yang sudah menyiapkan pakaian anak-anak sempat meminta anak gadisnya Dzahira Talita Zahra supaya membersihkan diri dahulu sebelum turut mengenakan solekan.
Melihat ke ruangan komen, ramai pengikut memuji sikap Watie dalam menguruskan segala hal termasuk melayani anak-anak selain tidak lupa menjaga penampilan untuk suami tercinta.
Shuib tak suka tengok isteri tak mekap
Latar belakang suara menangis tu realiti
Serba boleh Watie ni
Semoga bahagia selalu
Pandai jaga anak-anak & suami
Untuk rekod, Watie dan Shuib selamat melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis yang diadakan di Putra Glass House, Shah Alam pada 23 Jun lalu.
Hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah, Shuib memiliki empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Sumber: Instagram Watie Hanifiah
The post Pergi memancing pun mekap, Watie akui Shuib memang suruh isteri melawa appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/7m1z6SN
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment